Berapa LHDN Kira Cukai RM700 Juta Keluarga Zeti? Bila PDRM Nak Bawa Lori Rampas Harta?

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Nampaknya semua tindakan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak oleh Kerajaan Pakatan Harapan kini “Backfire” terhadap PH dan Tun Mahathir sendiri.

Ketika Pakatan Harapan berkuasa mereka pergunakan segala agensi kerajaan untuk menekan DSNR atas pelbagai sebab.

Ramai kepala agensi semua mahu jadi hero menunjukkan mereka aktif buat kerja mengenakan DSNR untuk memuaskan hati pemimpin Pakatan Harapan.

Sama ada mereka sememangnya terpaksa atau didalam jiwa sudah pun membenci Barisan Nasional, itu perkara kedua.

RoS cuba menunjukkan mereka buat kerja dengan mahu meminta macam macam dokumen dari Ibu Pejabat UMNO untuk dilihat supaya boleh mencari alasan dari sudut mana boleh mengharamkan UMNO.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia pula rajin menyiasat dan memanggil pemimpin UMNO untuk dikenakan dakwaan rasuah , dan akhirnya banyak juga kes tidak sangkut seperti Tengku Adnan dan Datuk Ehsanuddin.

SPRM juga proaktif menyebarkan rakaman bualan DSNR.

Awal sebelum itu , Suruhanjaya Pilhanraya (SPR) , sentiasa mencari alasan teknikal untuk membatalkan kemenangan Barisan Nasional terhadap beberapa kerusi termasuk yang dimenangi oleh Tok Mat Hassan dan beberapa kerusi lain.

SPR hanya henti apabila banyak kerusi tetap dimenangi semula oleh Barisan Nasional  dalam siri 7-0 PRK.

Kemudian, Lembaga Hasil Dalam Negeri , pula enter frame , mengenakan cukai luarbiasa dengan kiraan bilion dikenakan terhadap DSNR, kiraan termasuk wang yang dipulangkan juga.

Akhirnya , LHDN malu begitu sahaja, atas sebab tidak telus dengan mempamirkan cara mereka mengira dan dari buku asas mana datang kiraan.

Lalu kemudian terdedah pula bahawa mereka menyeleweng dalam kiraan cukai dan DSNR mendapat maklumat dari “whistleblower” bahawa cukai yang dikira terhadapnya adalah kiraan palsu dengan selitan dokumen palsu.

Laporan Polis telah dibuat oleh DSNR dan lima pegawai LHDN disiasat atas sebab perkara itu sambil kepala LHDN meletak kan jawatan dalam keadaan memalukan.

Maka, sekaligus kini persoalan mula timbul.

Berapa pula kiraan cukai dikenakan terhadap keluarga Zeti Akhtar atas wang curian RM700 juta yang mana hanya RM65 juta sahaja dipulangkan?

Sudahkah LHDN menjalankan tugas ‘super active” seperti mana mereka lakukan terhadap DSNR?

Pada laporan Polis DSNR , terdapat bukti bahawa ada campurtangan ahli politik dari parti tertentu yang mengarah agar DSNR dizalimi dengan kiraan cukai gila demi hendak memufliskan DSNR dengan “bayar dulu cerita kemudian’.

Kini pasti rakyat tertanya adakah tindakan sama dikena kan terhadap keluarga Zeti?

Jika tidak kenapa?

Bolehkah mana mana pegawai LHDN tampil memberi jawapan munasabah , kenapa DSNR kena dan kenapa Keluarga Zeti tidak kena?

Begitu juga dengan PDRM, kenapa harta milik keluarga DSNR boleh dirampas dan kenapa harta keluarga Zeti tidak di rampas lagi?

Rakyat pasti akan mahu melihat keadilan di praktiskan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan demi membuktikan mereka tidak menjadi barua parti politik mengenakan musuh politik mereka.

Jangan pula sampai Barisan Nasional memerintah semula lalu akan menyeret pegawai tinggi kerajaan atas sebab tidak melakukan tugas dan menyalahi kuasa ditangan.

Persoalan mudah yang berlegar adalah berapa cukai yang LHDN akan kenakan keluarga Zeti sejak diketahui memasukan RM700 juta dalam akaun Singapura dan pemulangan semula pada baki yang hanya tinggal RM65 juta seperti diumumkan oleh surat rasmi SPRM.

Semoga tidak berdiam diri dan membuat bodoh seperti beberapa Tan Sri yang nama mereka disebut dalam skandal terbaru 1MDB yang baru terbongkar.

Leave a Reply