Penyatuan Melayu: Jangan Putar Belit Kenyataan Ismail Sabri

Hebahkan !!!

Nampaknya ada yang tidak mengikuti ucapan DS Ismail Sabri semalam di persidangan tahunan sayap-sayap UMNO bahagian di Bera semalam.

Ismail yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia dan Perdana Menteri di dalam ucapan perasmiannya ada menyentuh isu penyatuan orang Melayu yang dilihat semakin longgar kesatuannya.

Penyatuan orang Melayu ini adalah asas seruan perjuangan UMNO sejak ditubuhkan lagi. Pemimpin bersilih ganti namun seruan ini kekal kerana hanya dengan penyatuan sahaja maka orang Melayu akan terus kuat dan memimpin negara ini.

Serangan sesetengah individu yang berkepentingan peribadi terhadap isu ini sehinggakan sanggup memutar-belitkan kenyataan Perdana Menteri yang juga naib presiden parti UMNO dilihat sebagai satu usaha yang cuba melaga-lagakan pemimpin tertinggi UMNO.

Apabila UMNO BN tewas di PRU14, kesemua kepimpinan UMNO menyeru semua parti yang terasnya Melayu supaya kembali bertaut demi supaya Melayu tidak terpinggir di dalam arus pembangunan negara. UMNO mula hulurkan tangan kepada Pas dan ianya bersambut.

Paling memalukan dakwaan kononnya Ismail membuat kenyataan tersebut adalah untuk mengajak khususnya PPBM supaya dapat ‘bersama’ dengan UMNO di PRU ke 15 akan datang. Walhal yang sebenarnya Ismail Sabri tidak pernah keluarkan kenyataan tersebut ditujukan khas untuk PPBM.

Konteknya penyatuan bangsa yang dinyatakan oleh Ismail adalah bersifat terbuka dan universal. Secara lojiknya jika selama ini UMNO bermusuh dengan Pas pun UMNO boleh duduk semeja berbincang hala tuju dan nasib Melayu, apakah UMNO tidak boleh membuka ruang kepada parti yang terasnya Melayu untuk duduk semeja? Keterbukaan UMNO amat jelas sejak awal penubuhan parti dan bukannya sekarang ini sahaja.

Janganlah kerana kita masih tebal amarah dengan kerajaan ‘campuran’ pimpinan Ismail Sabri maka keterujaan memutar belit dan menyerang Perdana Menteri menjadi keutamaan individu yang berkepentingan jelik ini.

UMNO memimpin kerajaan ini setelah Muhyiddin gagal membawa negara keluar dari pelbagai kemelut. Maka berilah ruang Ismail memandu negara ini dengan cara yang tidak sakitkan hati pihak yang ada bersama di dalam kerajaan hari ini.

Siapa pun tidak menyangka UMNO BN kembali menerajui negara setelah lebih 3 tahun negara ini dipimpin oleh orang lain.

Lihat dari perspektif positif dan bukannya merendahkan martabat blogger serta penggiat media sosial serta meletakkan diri sebagai penceramah politik serta ‘kaki sembang live’ di tahap memalukan.

Buat kaji selidik terlebih dahulu. Letak maruah dan penyatuan Melayu di hadapan.

Leave a Reply