Pendedahan Romen Bose – Cuba Guling Kerajaan Cara Anarki , Tiga Tan Sri Boleh Di Hukum Umpama AlMaunah.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Pendedahan bekas kakitangan Datuk Seri Najib  Razak berkenaan cubaan mengguling Perdana Menteri yang sah secara anarki , boleh mensabitkan kesalahan seumpama yang terkena pada anggota militant AlMaunah lebih kurang 20 tahun lalu.

Cuma bezanya AlMaunah  menggunakan keganasan dan senjata , tetapi  Tiga Tan Sri Menggunakan kedudukan dan kuasa mereka ketika menjawat jawatan.

Dalam buku yang bakal dijual pada 14 Disember ini, preview buku Romen ada mengkisahkan bagaimana 3 Tan Sri didalam pentadbiran Najib Razak telah membuat plot untuk menangkap dan mendakwa secara kotor dan jelek terhadap DSNR.

Di percayai atas arahan kepala dalang yang tidak perlu disebut nama nya.

Semalam Lim Kit Siang menyeru satu siasatan RCI di buka atas pendedahan Romen Bose berkenaan plot “treason” ini.

Sememang menjadi kesalahan untuk menggulingkan Perdana Menteri cara jijik dan tidak ikut norma undang undang , dan sekakligus telah menderhaka kepada Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agong yang melantik Perdana Menteri secara sah dan rasmi.

Ahli MKT UMNO Dr Puad Zarkashi turut memberi kenyataan yang lebih kurang sama dalam entri FB nya.

Apa pun menarik sungguh buku yang bakal di keluarkan oleh Romen atas sebab kisah belakang tabir yang terjadi yang tidak di ketahui oleh rakyat.

Bagi mereka mereka yang nama terbabit dan di sebut , mereka boleh file kan saman fitnah jika Romen Bose tidak betul atau memfitnah.

Tapi mengetahui rahsia kejahatan akan lebih terdedah jika disaman kami di My-news.online yakin mereka tidak akan berani membuat sedemikian.

Tun Mahathir juga tidak berani komen berkenaan isu Zeti Akhtar dan Nor Yakob dan berharap dilupakan oleh rakyat dan isu padam dan berlalu pergi begitu sahaja.

Antara isu lain yang menarik dalam preview buku Romen ada lah kisah “Butler” yang menjadi spy ketika bertugas di kediaman Najib.

Siasatan terhadap spy itu kemudian di perap dibawah karpet oleh kerajaan Tun Mahathir.

Sama sama kita tunggu pelancaran buku.

Leave a Reply