SOAL BILA PRU TELAH DIBINCANGKAN DALAM 2 MESYUARAT TERTINGGI UMNO

Hebahkan !!!

Saya melihat kenyataan YAB PM juga Naib Presiden UMNO DS Ismail Sabri Yaakob dalam perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Sayap di Bahagian BERA , PAHANG hari ini menterjemahkan apa yang telah dibincangkan dalam dua mesyuarat tertinggi UMNO rabu lepas.

Itulah Ismail Sabri. Tidak kira apa kedudukan dia dalam kerajaan, beliau masih tidak mendahului dan meletakkan parti sebagai keutamaan.

Sebelum ini kita tidak mendengar apa-apa komen berkaitan tarikh PRU15 oleh beliau walau diasak oleh banyak pihak samada luar UMNO dan tak kurang dari dalam UMNO sendiri.

Beliau hanya bersuara selepas berlaku dua mesyuarat tertinggi UMNO iaitu Biro Politik UMNO bersama semua Pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan pada malamnya pula mesyuarat MKT yang membincangkan tahap kesiapsiagaan UMNO untuk menghadapi PRU15 jika ianya berlaku dalam masa terdekat.

Kesemua pengerusi-pengerusi negeri memberikan pandangan berkaitan PRU15  dan saya mendapat maklumat lebih suara yang tidak bersetuju untuk diadakan PRU15 dalam masa terdekat atas beberapa s3bab dan faktor.

Ianya dibincangkan lumat berkaitan kesiapsiagaan parti, kewangan parti dan pelbagai isu berkaitan menyediakan UMNO untuk menang dalam pru. UMNO tidak boleh sewenangnya hanya melihat kepada kemenangan PRN Melaka semata. Masih banyak faktor-faktor lain yang kepimpinan perlu fikirkan dan capai sebelum pru dilaksanakan.

Terutama dalam soal perkenan YDP Agong untuk membubarkan parlimen. Apa implikasi jika seorang Perdana Menteri  menasihati YDP Agong untuk membubarkan parlimen tetapi nasihat tersebut tidak diperkenankan. Apa implikasi kepada parti UMNO jika ianya berlaku. Apakah UMNO masih menjadi kerajaan selepas nasihat YAB PM tidak diperkenankan YDP Agong?

Itu persoalan-persoalan yang dibincangkan dan dirujuk dengan barisan peguam yang juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Ini menunjukkan bahawa betapa cermat DS Ismail Sabri dalam mengeluarkan kenyataan. Beliau tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan mengikut gerak hati atau sedap mulut beliau. Beliau seorang yang amat cermat dan berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan kerana beliau tahu setiap apa yang beliau nyatakan pasti akan mendapat pelbagai reaksi dan komen dari segenap lapisan masyarakat dan orang parti.

Saya cukup percaya bahawa beliau bercakap atas konsensus atau persetujuan yang telah dicapai oleh dua mesyuarat tertinggi UMNO dan bukannya peribadi beliau sebagai Perdana Menteri. Itu merupakan bukti bahawa Ismail Sabri seorang pemimpim yang tidak sesekali membelakangkan parti dan sentiasa merujuk kepada kepimpinan tertinggi parti untuk membuat segala keputusan yang berkaitan kepentingan parti yang beliau dokong.

Segala perbezaan pendapat akan lebih harmoni dan bakal membuahkan satu bentuk keputusan terbaik apabila dibincangkan dalam medium yang betul dan bukannya melalak diluar dihadapan screen hp untuk diviralkan dan akhirnya menterjemahkan perpecahan parti yang nyata kepada musuh.

Bijaklah dalam berbicara kerana ianya  mencerminkan tahap pemikiran dan kebijaksanaan kita. Rakyat memerhati. Ahli menilai.

Mantan Wartawan
Sepang

Leave a Reply