Pendedahan Romen Bose, Mahathir Dan Kuncu, Sila Saman Jika Tak Betul.

Hebahkan !!!

Terkini seorang bekas kakitangan dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, telah menulis sebuah buku berjudul ‘the Final Reckoning” yang mendedahkan banyak kejadian belakang tabir ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri,

Romen Bose yang pernah menjadi wartawan Al Jazeerah dan AFP pernah bertugas sebagai pegawai komunikasi didalam- pentadbiran DSNR.

Dalam preview buku ini , Romen menceritakan dan mendakwa perbuatan khianat 3 Tan Sri yang dipengaruhi Tun Mahathir berkomplot dan merancang untuk memperkena dan menjatuhkan DSNR.

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Buku yang akan dijual pada 14 Disember pastinya akan mengegarkan negara kerana pendedahan berani terhadap Mahathir dan kuncu kuncunya.

Dalam buku ini Romen turut mendedahkan pembuktian bahawa Kuncu Mahathir Zeti Akhtar telah dimaklumkan akan derma dari negara Arab, dan bagaimana DSNR begitu terkejut apabila Zeti begitu mudah menafikan akan mengetahui hal itu, sedangkan nasihat untuk membuka lagi satu akaun atas nama DSNR datang dari cadangan Zeti sendiri.

Romen juga turut menulis Zeti telah dimaklumkan oleh DSNR bahawa jika ada sebarang perkara menyalahi undang undang perbankan yang babit derma atau akaun , Zeti di minta menasihati nya, namun Zeti khianati.

Sebaliknya Zeti pula yang menjadi dalang untuk perkenakan DSNR dengan memberitahu kepada Tun Mahathir.

Maka skim untuk mengenakan DSNR pula di rancang, berkemungkinan atas sebab TIA adalah lubuk curian kuncu Mahathir yang diganggu oleh DSNR menjadi 1MDB , maka semua curian awal harus di alih kepada Najib.

Itu lah sebab nya, kes RM700 juta suami Zeti begitu liat untuk di buka atas sebab kuncu Mahathir seperti Tan Sri Nor Yakob dan Jho Low  terbabit.

Tommy Thomas dalam kenyataan nya telah mengesahkan Zeti dan Suami “fasiltate” Jho Low.

Bermakna mungkin Zeti dan Suami sudah mendapat “green light’ dari Mahathir untuk melaksana kan nya.

Umum Tahu tabiat Mahathir yang tidak akan meletak kan tanda tangan di mana mana dan sering perguna orang lain melakukan kehendaknya.

Ini atas sebab apabila terjadi sesuatu Mahathir hanya perlu jawap “:saya tidak tahu” ataupun “itu bukan saya buat” lalu mencuci tangan.

Pada kes Sri Ram bertemu Tan Sri Appandi Ali, rakaman bualan cctv di rumah TS Appandi membuatkan Sri Ram terperangkap hendak menafikan dia di arah oleh Mahathir.

Sehingga kini apa sudah terjadi kepada kes “abuse” ini , rakyat tidak dimaklumkn.

Maka pada pendedahan buku Romen Bose, di harap Mahathir jangan buat bodoh dan tidak reti bahasa , dan jika boleh nafikan atau saman Romen Bose.

Semua masih ingat Buku mendiang Barry Wain “ Malaysian Maverick” yang mendedahkan Mahathir sememangnya anti Melayu semenjak di ejek oleh budak Melayu di zaman sekolah lagi, namun tidak menunjukan secara terang terangan.

Buku Barry Wain juga mendedahkan banyak wang rakyat beralih keluar negara dan juga kepada pegangan proksi namun, Mahathir tidak menjawap dan membuat bodoh.

Apa pun kali ini, panglima panglima Tun Mahathir seperti Khiruddin Hassan atau Abdul Kadir Jassin boleh berada dihdapan untuk membela Mahathir.

Jika pada isu Pulau Batu Puteh , Pandora dan membuka 13 buah bank mereka mereka ini pilih untuk berdiam diri, moga kali ini tampil membidas Romen Bose.

Leave a Reply