Sembilan Jemaah Terkorban Dalam Satu Serangan Di Masjid Di Niger, Nigeria

Hebahkan !!!
Gambar fail menunjukkan kesan serangan ke atas semua masjid di Niger pada tahun 2015.

KANO: Sekurang-kurang sembilan jemaah terkorban, manakala puluhan lagi mengalami kecederaan dalam serangan di sebuah masjid di Niger, utara Nigeria.

Pesuruhjaya Polis Niger, Bala Kuryas mengesahkan kejadian itu yang berlaku di perkampungan Ba’are di Kawasan Kerajaan Tempatan Mashegu, lapor Agensi Anadolu.

“Anggota keselamatan sudah dikerahkan ke lokasi untuk melindungi nyawa orang ramai dan harta benda dalam komuniti berkenaan,” kata Kuryas.

Susulan itu, polis melancarkan gerakan memburu penyamun disyaki melakukan serangan berkenaan.

Serangan dilaporkan berlaku ketika penduduk kampung terbabit menunaikan solat subuh di masjid itu.

Saksi, Ahmad Yau, berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Besar Kontagora untuk rawatan lanjut.

Serangan itu berlaku kurang dua bulan selepas penyamun menembak mati 18 jemaah di sebuah masjid di perkampungan Mazakuka yang terletak dalam kawasan sama.

Leave a Reply