Sebatang Jalan Di Washington DC Dinamakan Sebagai “Laluan Khashoggi”

Hebahkan !!!

WASHINGTON: Sebatang jalan raya sepanjang 213 meter di hadapan Kedutaan Diraja Arab Saudi, di sini, dinamakan ‘Laluan Khashoggi’.

Ia susulan undian sebulat suara Majlis Bandar Raya Washington pada Selasa lalu, sebagai penghormatan kepada Khashoggi, wartawan Arab Saudi yang menulis untuk The Washington Post sebelum dibunuh di Istanbul pada 2018.

“Melalui kerjaya kewartawanannya, Jamal Khashoggi tegas mendukung demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.

“Penamaan jalan raya di hadapan Kedutaan Diraja Arab Saudi sempena Jamal Khashoggi, mewujudkan satu memorial penghormatan yang tidak boleh ditutup,” menurut laporan majlis itu dalam rang undang-undang terbabit.

Khashoggi dilaporkan dibunuh selepas mengunjungi Konsulat Arab Saudi di Istanbul bagi keperluan urusan perkahwinan dengan tunangnya yang juga warga Turki.

Rang undang-undang daripada majlis itu dijangka ditandatangani Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser, selain tidak dibantah oleh Kongres AS yang menyemak semua perundangan daripada kerajaan tempatan berkenaan.

Leave a Reply