KLCC Sesak Bukti Kabinet Diterajui Oleh Ismail Sabri Diterima Rakyat

Hebahkan !!!
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

KUALA LUMPUR: Orang ramai semalam dilihat berpusu hadir membanjiri Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk datang ke program sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula semalam sehingga 12 Disember ini.

Pengunjung dilihat beratur dalam barisan panjang untuk masuk ke dalam bangunan KLCC untuk sama-sama menyaksikan program yang julung kali diadakan sempena aspirasi Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kehadiran ramai orang bukti kabinet yang diterajui oleh beliau adalah satu kabinet yang diterima oleh rakyat dalam memimpin negara.

Program berkenaan diadakan sebagai simbolik kepada laporan prestasi sistem penyampaian kerajaan sempena 100 hari pentadbiran Ismail Sabri semenjak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 yang lalu.

Pelbagai program dan aktiviti dianjurkan dalam sambutan berkenaan antaranya pameran antara jabatan dan kementerian yang menunjukkan kesemua pencapaian 100 hari semua agensi kerajaan.

Difahamkan orang ramai hadir sehingga terpaksa berbaris untuk menjelaskan saman trafik kerana pada program berkenaan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun untuk bayaran saman jika bayaran dibuat di KLCC.

Ia merupakan antara tarikan utama yang ada pada program sambutan berkenaan.

Orang ramai juga berpeluang mengikuti persembahan kebudayaan, Malam Aspirasi Seni, pameran dan jualan usahawan, program bantuan dan program padanan perniagaan.

Selain itu, antara tarikan utama ialah program ‘Quran Hour Live’ yang akan berlangsung pada hari ini, bertemakan ‘Masuk Syurga Sekeluarga’ bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Program Townhall Skuad Keluarga Malaysia, Skuad Waja, demonstrasi kraf tangan, sukan rakyat, zumba, dikir barat, mewarna batik, persembahan kebudayaan dan acara kesenian, forum dan bual bicara, seminar, e-sport serta persembahan seperti Malam Aspirasi Seni, Acoustic Busking dan persembahan muzik jaz juga diadakan.

Karnival kerjaya pula menawarkan lebih 10,000 jawatan kosong dalam pelbagai sektor dengan 70 majikan berdaftar, ‘profiling’ dan kaunseling kerjaya serta pengambilan Angkatan Tentera Malaysia.

Turut diadakan, pameran ekosistem pekerjaan yang melibatkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia manakala pameran usahawan pula melibatkan 98 gerai usahawan.

Leave a Reply