Bunga-Bungaan Di Cameron Flora Park Sudah Tidak Cantik Lagi?

Hebahkan !!!

Sebelum ini, dikhabarkan viral satu tempat jalan-jalan di Cameron Highlands yang penuh dengan bunga-bunga yang cantik dan ia amat popular.

Sekarang dengar pula cerita katanya taman itu yang dikenali sebagai Cameron Flora Park dah tidak terurus dan bunga-bunga kebanyakannya sudah mati.

Satu perkongsian di aplikasi Twitter oleh pengguna dengan akaun @ZackAvaricious ini yang baru-baru ini berkunjung ke sana semalam tetapi dia kecewa dengan apa yang disajikan di hadapan bola matanya.

Tangkapan layar akaun Twitter ZackAvaricious yang bercerita tengang Cameron Flora Park.

Menurutnya, taman itu ada dua bahagian pameran bunga iaitu bahagian luar dan dalam.

Katanya keadaan bunga di luar sudah tidak menarik disebabkan ada bunga yang sudah mati dan kering tetapi bunga di bahagian dalam masih elok tetapi tidak banyak kepelbagaian.

Tambahnya dalam bebenang tersebut, pada bahagian luar kelihatan jelas pokok-pokok yang ada telah mati dan apa yang kelihatan hanyalah alas plastik yang digunakan sebagai ‘pemegang’ pokok-pokok tersebut.

Lebih mengecewakan, menurutnya bayaran masuk yang dikenakan tidak berpatutan kerana pokok-pokok banyak mati dan kering. Difahamkan, bayaran masuk adalah RM50 untuk seorang dewasa, RM25 untuk kanak-kanak manakala kanak-kanak dibawah 4 tahun masuk percuma.

Komen dari pengguna Twitter yang lain jelas menunjukkan mereka agak terkejut kerana keadaan tempat berkenaan ketika tular nyata amat berbeza dengan apa yang dikhabarkan sekarang.

Selain itu, ada juga yang berpendapat mungkin waktu lawatan tidak kena kerana pihak taman sedang membuat penyelenggaraan.

Ada juga yang berpendapat, bayaran masuk ke situ juga agak mahal tidak berpadanan dengan tarikannya hanya melihat bunga.

Pengurusan  Cameron Flora Park mungkin boleh memberikan kenyataan berhubung dakwaan ini untuk menjelaskan perkara sebenar.

Leave a Reply