Ahli MKT UMNO Mahu Kuncu Mahathir Disiasat Dulu , Kes Najib di tangguh Sementara

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

“Salahnya buat dulu siasatan terhadap individu yang disebut dalam kenyataan SPRM. Rakyat membaca dan ia akan beri impak negatif kepada badan kehakiman. Lengkapkan siasatan, baru boleh buat keputusan. Ini (melibatkan bekas) Perdana Menteri, kenalah ada sedikit keprihatinan, belas kasihan dan perikemanusian kerana kes ini besar -Rahman Dahlan

Terdapat ramai juga aktivis undang undang malu dan takut membuat ulasan terhadap apa yang terjadi terhadap keputusan penghakiman terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun naluri mereka telah melihat kepincangan kepada kes dihadapi oleh DSNR , namun kekangan undang undang untuk membidas penghakiman mengakibatkan mereka terpaksa berdiam diri dari membidas secara intelektual.

Mana mungkin rumusan dibuat hanya pergunakan andaian dan agak agak serta sentimen benci kepada orang kena tuduh dan diselitkan pendapat politik dalam pengulungan.

Sepatut di buat secara professional tanpa ada sentimen benci.

Bukti pembela sepatutnya dibalas dengan “counter proof” bukan dengan ‘aku rasa” dan “pada pendapat aku”.

Jika begitu baik sahaja tidak perlu bukti.

Selain itu , paling tercela adalah bukti baru dibawa oleh pembela di tolak mentah mentah tanpa di ambil kira.

Dalam perkembangan terbaru ahli Majlis Kerja teringgi UMNO Datuk Rahman Dahlan mahu Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan segala keterangan mengenai kes Najib Razak berhubung dana SRC International, termasuk hasil siasatan beberapa “pemain utama” dalam penyelewengan dana 1MDB.

Pemain utama dalam isu ini ada lah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan juga Tan Sri Nor Yakob.

Kedua dua mereka ada lah “main player” baik dalam kes Forex mahu pun kes TIA.

Pada kes yang dihadap oleh DSNR, mereka juga ada peranan besar.

Sehingga kini kedua mereka masih berdiam diri atau tidak menyaman mana mana pihak atas sebab mengetahui kesalahan dan peranan mereka dalam dua kes ini.

Mereka juga berkemungkian menunggu “que” dari pengarah seluruh kes ini yang dipercayai ada lah Mahathir.

Tommy Thomas dalam satu kenyataan telah membenarkan  bahawa Zeti Aziz dan suaminya telah memberi segala kemudahan kepada Jho Low. (facilitate Jho Low)

Sehingga kini kedua mereka masih membisu seribu kata malah tidak cuba pertahankan diri atas semua yang didakwa mereka lakukan.

Mungkin menyedari mereka sememang bersalah dan kini bergantung kepada Mahathir untuk menyelamatkan mereka.

Rahman Dahlan berkata, pendedahan bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembabitan beberapa individu “besar” membuktikan “terdapat fakta yang jelas, yang tidak boleh ditolak ke tepi begitu saja” berhubung perbuatan rasuah melibatkan wang bernilai jutaan ringgit.

“Saya berharap sangat mahkamah (Persekutuan) memberi pertimbangan terhadap beberapa perkara yang timbul, iaitu kenyataan SPRM terhadap beberapa individu yang didapati berkompromi sebab mereka adalah ‘players’ dalam hal ini.

“Perkara itu perlu diberi masa untuk diambil maklum secara terperinci kerana semua ini berkait,” – Rahman Dahlan

Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud berkata, tindakan mensabit dan menjatuhkan hukuman kepada Najib tanpa menyiasat terlebih dahulu “dakwaan” rasuah membabitkan keluarga Zeti mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pelbagai pihak.

“Sepatutnya apa yang dikatakan itu disiasat dahulu, sama ada apa yang mereka (Zeti dan beberapa individu yang disebut) buat itu beri kesan atau tidak terhadap kes Najib.

“Benda ni dah panas, mengapa mereka tidak dipanggil atau diambil tindakan. Rakyat nak tahu, ada tak hubungan kes ini dengan kes Najib,” katanya.

Elok tangguh kes Najib dulu dan siasaat kes Zeti dan Nor Yakob terlebih dulu, ia baru pengadilan yang betul

“Apa salahnya tangguh sebulan dua lagi untuk tengok betul-betul,” katanya.

Selain Rahman Dahlan, anggota MKT dan Setiausaha Agung ,Datuk Ahmad Maslan juga menyuarakan hal yang sama.

“Tanpa hilang hormat kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu, ramai menganggap tuduhan melibatkan beberapa tokoh selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah bermotifkan politik – Ahmad Maslan.

Kes terlihat amat cacat, berbau politik dan kotor jika yang benar benar terbabit tidak didakwa, yang sepatut menjadi saksi pula yang didakwa.

Sebelum ini ahli MKT Puad Zarkashi turut beri tekanan supaya kuncu kuncu Mahathir yang terlibat di seret ke mahkamah.

Untuk rekod, wang sejumah RM700 dari 1MDB melalui Jho Low dan RM85 juta telah berada didalam akaun dua kroni rapat Tun Mahathir.

Leave a Reply