44 Orang Pengunjung, Pemilik Pusat Hiburan Dikompaun Oleh Polis RM245,000

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM245,000 terhadap 44 pengunjung dan pemilik pusat hiburan di ibu negara semalam, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam serbuan oleh 18 pegawai dan anggota Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur menerusi Operasi Pematuhan Khas COVID-19 lewat malam tadi, pengunjung terbabit dikenakan kompaun RM220,000, manakala pemilik premis dikompaun RM25,000.

Ketua JPJKK Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata tindakan kompaun mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 iaitu melakukan aktiviti terlarang dalam pub serta kelab malam ketika tempoh PPN Fasa 4 di ibu negara.

“Nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan hasil serbuan malam tadi adalah berjumlah RM245,000.

“Operasi seperti itu akan terus dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan COVID-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Leave a Reply