Pihak Berkuasa Perlu Keluarkan Kenyataan Berkaitan Pendedahan Dalam Kes SRC International

Hebahkan !!!

Semalam berakhir satu bahagian dalam kes perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman 12 tahun ke atasnya.

Penghakiman semalam dibacakan oleh Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang turut bersidang bersama-sama tiga lagi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Kini, desakan dibuat oleh banyak pihak untuk pihak berkuasa yang ada kaitan mengeluarkan kenyataan berhubung banyak pendedahan melibatkan pelbagai individu yang ada kaitan dengan kes Najib ini.

Difahamkan sehingga ke hari ini, tidak ada banyak kenyataan dikeluarkan sebagai respon tentang apakah tindakan yang akan dilakukan ke atas pendedahan berkenaan.

Banyak pihak juga mendesak supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya telus dalam kes ini khususnya tentang pendedahan yang melibatkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya bersekongkol dalam rancangan jahat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low terhadap dirinya.

Ketika prosiding berjalan di Istana Kehakiman Putrajaya semalam secara maya, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam juga ada memberikan kenyataan semasa ditemubual media bahawa pihak berkuasa mesti melihat dan menyiasat pendedahan berkenaan.

Ia sudah tersebar meluas di media sosial dan dakwaan yang ada di dalamnya adalah serius.

Semua pihak kini menunggu bila tarikh sebutan dan perbicaraan rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan dan apakah pula kesudahannya nanti.

Leave a Reply