“National Embarrassment”  Bukan Kes Najib, Tapi Tidak Mendakwa skandal RM700 juta Keluarga Zeti.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Cubaan mengalihkan “National Embarrassment” (Keaiban Nasional) dari kepimpinan 22 bulan pemerintahan kerajaan Tun Mahathir sedang cuba dibuat oleh pihak “tertentu”.

Skrip politik berada dalam penggulungan kes.

Namun semua orang tahu sebutan “National Embarrassment” adalah  skrip lazim yang dilaungkan oleh pihak anti Najib dan Pro Mahathir  sekian lama.

Tun Mahathir , terutamanya , sangat bersungguh sungguh cuba mengalihkan status Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah negara kepada orang lain.

Mengetahui dirinya banyak melakukan kesilapan dan tercatit dalam sejarah , beliau cuba mati matian mengalihkan gelaran itu kepada Tun Abdullah, namun , ia tidak beberapa menjadi.

Kisah “bailout’ , kegagalan seperti Maminco, LRT, MAS, Perwaja, BMF, FOREX , pembunuhan orang Islam Memali , Bakun , PKFZ dan lain ada lah kudis Mahathr dan “Keaiban Nasional” yang sebenar.

Kemudian dia cuba mengalihkan gelaran itu kepada Datuk Seri Najib Razak melalui 1MDB pula, namun nampaknya dengan banyak “twist and turn” dalam kes tersebut, bukti bukti baru jelas menunjuk kan ia tetap membabitkan kroni kroni beliau juga.

Watak dalam kes kerugian Forex RM31.5 bilion turut tetap ada dalam kes skandal TIA/1MDB.

Watak2 yang sama yang babit wang negara alir keluar pada kedua dua kes 1MDB dan FOREX adalah Gabenor “kegemaran” Tun Mahathir dan Tun Daim.

Yang “arrange” kelulusan BON TIA dan “table”kan kepada kabinet juga Orang Mahathir – Nor Yakob.

Begitu juga pada kes TIA/1MDB wang keluar ke Singapura juga babit dua watak orang Mahathir yang sama , ia itu Zeti Akhtar Aziz dan juga Nor Yakob.

Hattta, kes liat dan sukar hendak dibuka sehingga waktu ditulis ini.

Bukan tidak melakukan , tetapi tidak didakwa.

Ketika penggulungan hujah kes rayuan Najib, ada pula tersebut perkataan “National Embarrassment”, dengan sebutan ini jelas , ia condong kemana.

Namun, itu urusan dan hak mutlak mahkamah.

Kita yang di luar mahkamah sebagai rakyat, ada lah hakim kepada peristiwa negara.

‘Kita rakyat dengan jumlah jutaan telah menghukum Tun Mahathir dan kuncu dengan Tujuh kemenangan pada PRK.

Kemudian , pada PRN Melaka baru baru ini, rakyat sekali lagi hukum Mahathir dan kuncu kuncunya dengan 25 kerusi DUN di menangi puak yang bersama Najib Razak.

Ini lah “Keaiban Nasional”  sebenar untuk Mahathir dan kuncu.

Mahathir dan kuncu tewas kepada Najib.

Rakyat bersama Najib dan bukan bersama Mahathir.

Gelaran “penyamun” dan “anti kleptokrat” tidak laku kepada rakyat, rakyat “didn’t buy it’.

Maka , atas sebab sama Mahathir semakin desperado.

Mahahtir sungguh sungguh mahu tutup kes wang RM700 juta dari dibuka.

Kita tiada dengar Mahathir berbunyi mahu tahu sama ada betul atau tidak wang masuk ke dalam akaun suami kepada kroni nya seperti surat rasmi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia umumkan.

Tiada laungan mahu Zeti dan suaminya di dakwa segera.

Mahkamah dan perundangan menjadi bahan gelak ketawa dan wajah hakim hakim dipandang dengan senyum sinis akibat tindakan Mahathir.

Rakyat yang bijak pandai enggan persoal terang terangan atas sebab kekangan akta menghina mahkamah.

Namun sebalik nya, hakim rakyat sudah putuskan verdict 7-0 kepada Mahathir dan kuncu.

Kemudian , rakyat di Melaka pula putuskan 25-2-1 kepada Mahathir.

Maka sah dan nyata , “Keaiban Nasional” bukan pada kes Najib, tetapi kepada kegagalan 22 bulan pemerintahan Mahathir dan DAP .

Perjanjian bertulis dengan negara China dibatalkan, perjanjian dengan Singapura di batalkan , manifesto tipu, laporan kewangan negara di tipu ,aset negara dijual, pelabur cabut lari , dan terkini, kes selektif dimana kes RM42 juta di jaja tapi kes RM700 juta di buat bodoh.

“Mahathir slump” adalah lambang dunia luar pinggirkan Malaysia sebaik sahaja Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Ratusan billion wang pelabur saham di tarik keluar sebaik sahaja Mahathir dan DAP ambil alih tampuk pemerintahan negara.

Itu juga satu “Keaiban Nasional” seoah olah dunia tahu tapi rakyat Malaysia tidak kenal siapa Mahathir.

Konklusinya, Mahathir dan pemerintahan 22 bulan adalah “National Embarrassment’ dan bukan yang lain lain.

Cuba lah sedaya upaya , Mahathir tetap akan gagal.

Leave a Reply