Mahathir Serah Pulau Negara Senang2 kepada Jiran ada lah “National Embarrassment”

Hebahkan !!!

Oleh : Sirfajuddin Ahmad

Sebuah Pulau milik rakyat dan milik negara di serah kepada negara jiran secara tindakan “solo” dan bersendirian adalah tindakan Memalukan negara.

Negara lain berbunuhan dan berperang mempertahankan barang seinci tanah mereka.

Orang Sg Baru Kampong Baru juga bising berkenaan tanah walaupun duduk di stata sahaja dan bukan tanah.

Jika pada kes Datuk Seri Najib , di mahkamah rayuan, bukti baru tidak diambil kira, begitu juga lah dengan penyerahan pulau Batu Puteh  yang dibuat oleh Tun Mahathir secara bersendirian.

Setelah Peguam Negara Appandi Ali di gantung tugas, Tun Mahathir telah tergesa gesa membuat keputusan menyerah kedaulatan negara kepada jiran.

Kemudian , Mahathir telah memberi pelbagai alasan dari sejarah pulau, sejarah kes dan membandingkan Pulau Batu Puteh dengan Pulau Langkawi pula.

Panjang Lebar Mahathir “mengoreng” tapi tidak sentuh isu induk, yakni kenapa beliau menyerah pulau di buat keputusan bersendirian.

Itu isu induk yang Mahathir tidak menjawap dan cuba elak.

Para penyokong Mahathir bertepuk sorak konon kononnya idola mereka telah menjawap.

Sama ada alasan Mahathir kos guaman terlalu tinggi , mendapat nasihat peguam luar negara , kebarangkalian menang kes ada lah tipis tetapi itu semua bukan hak Mahathir hendak putuskan cara bersendirian.

Itu bukan pulau milik peribadi Mahathir.

Ia milik rakyat.

Kerajaan di laporkan telah melantik bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk mengetuai siasatan RCI berkenaan Pulau Batu Puteh.

Maka elok di cadangkan kepada Panel agar skop siasatan di tumpu kepada kenapa Tun Mahathir memutuskan serah pulau secara sendirian dan tergesa gesa.

Ini atas sebab maklumat baru berkenaan bukti bukti dari Singapura berkaitan kes SRC dan 1MDB DSNR menjuruskan kepada pendedahan akaun akaun kroni Mahathir yang ada di Singapura.

Maka barangkali baru di acah akaun bekas Gabenor oleh Singapura maka Mahathir telah dapat mesej negara jiran memberi “hint” mereka ada lagi maklumat yang besar.

Maka dari sudut itu kompromi mungkin telah dilakukan untuk menyerah pulau, atau barangkali telah di ugut.

Negara seperti Malaysia begitu mudah menyerah kedaulatan sebuah Pulau oleh hanya seorang individu ada lah satu “National Embarrassment” seperti tunduk dan sujud walaupun terma kes adalah jika ada bukti baru ia boleh dibawa kepada pengadilan di “The Hague” -Netherlands.

Siasat Mahathir dari sudut ‘self made decision” dan bukan sudut sudut lain, mungkin disitu ada yang kita tidak tahu selama ini , kenapa Mahathir akur kepada Singapura.

Baca juga ini :-Tulisan Mahathir Sekadar “Bullshit”,  Kerajaan Harus Saman RM100 Bilion Gantirugi, Lucut Gelaran Tun Selepas RCI. — My NEWS ONLINE (my-news.online)

Leave a Reply