Kes Najib: Keputusan Mahkamah Vs Pengukuhan BN

Hebahkan !!!

KETABAHAN Datuk Seri Najib (DSN) sangat dikagumi. Walaupun beliau menjadi mangsa penganiayaan politik Pakatan Harapan(PH) dan Perikatan Nasional(PN) namun beliau tetap mengutamakan parti UMNO dan Barisan Nasional.

Tindak balas beliau terhadap penghakiman kes SRC dilihat sangat profesional. Apabila Mahkamah Rayuan menolak, beliau bertindak pantas dengan mengemukan kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

Sebagai manusia beliau tetap melahirkan kekecewaannya dengan penolakan Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman terhadap SRC International Sdn Bhd semalam.

Bercakap kepada akhbar secara maya ketika berada di bawah kuarantin di rumah kerana terdedah kepada pesakit Covid-19, Najib berkata beliau telah mengarahkan peguamnya segera memfailkan rayuan terhadap penghakiman mahkamah rayuan.

Isu utama berhubung kes SRC International berkisar tentang RM42 juta yang telah dipindahkan ke akaun peribadi DSN. Beliau menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak tahu dan tidak meminta RM42 juta tersebut dan tidak mengarahkan sesiapa untuk memindahkan wang itu ke akaun beliau.

DSN amat kecewa dengan penghakiman yang disampaikan oleh Mahkamah Rayuan semalam dan beliau telah meminta peguam memfailkan rayuan segera kepada Mahkamah Persekutuan.

Dalam masa yang sama, DSN tetap memberi keutamaan kepada pengukuhan parti sebagai agenda utama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15. Beliau mahu jentera parti bekerja keras untuk kukuhkan parti dan serapkan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional(BN). Hanya dengan cara ini sahaja membolehkan kita mendapat majoriti bagi memerintah negara tanpa perlu bergantung pada parti-parti lain.

sumber

Leave a Reply