Ebit Lew Kini Di Brazil Pula Beri Bantuan, Terharu Dengan Kesusahan Di sana

Hebahkan !!!

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew difahamkan ketika ini sedang berada di Brazil sejak 1 Disember lepas untuk menjalankan misi kemanusiaan memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan di sana.

Bukan itu sahaja, kunjungannya ke negara yang pernah jadi tuan rumah untuk Olimpik 2016 itu menerima maklum balas yang positif dari orang tempatan di sana. Sebelum ini, Ebit Lew menerima pujian kerana menziarahi kawasan ‘panas’ di Sao Paolo dan berjumpa dengan ketua kawasan di sana.

Terbaru menerusi posting Facebook peribadi milik penceramah itu, beliau berkongsikan gambar berserta kapsyen yang memberitahu bahawa dirinya begitu terharu menerima lawatan dan juga ucapan terima kasih dari polis di Brazil kerana memberi bantuan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dengan komen-komen dari netizen yang rata-ratanya turut berterima kasih dan juga mendoakan supaya Ebit Lew sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus memberikan bantuan.

“Sebak sayu lihat seorang nenek jaga cucu-cucu dan menjadi gelandangan,” kata Ebit Lew.

Sebelum ini, Ebit Lew juga telah berkongsikan beberapa gambar semasa beliau dan juga pasukannya memberi bantuan kepada anak-anak kecil yang berada di sekitar Pavela Rio.

Katanya, dia berasa begitu sedih dan juga sayu apabila melihat anak-anak kecil yang dijaga oleh nenek mereka hidup serba kekurangan. Malah, anak-anak kecil tersebut kelihatan begitu gembira dan seronok ketika menerima sumbangan dan hadiah dari pihak Ebit Lew.

Menurut Ebit Lew, kawasan yang disinggahinya yang dikenali sebagai Pavela Rio adalah kawasan panas kerana terdapat ramai orang yang kesusahan.

“Terharu sangat Polis Brazil di Rio De Janeiro bantu misi saya disini.

“Mereka jenis mesra dan baik. Banyak berbual dan bercerita tentang keadaan di Brazil. Mereka siap cakap terima kasih kerana berbuat baik disini.

“Katanya bila-bila sahaja memerlukan bantuan mereka sedia membantu.

“Disini kawasan panas. Pavela Rio. Senang berkongsi dan berbual sebab semua orang akan tegur saya dulu.

“Mereka kata awak orang Islam yang baik. Syukur team kami di Malaysia meneruskan membantu sedikit sebanyak. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Dalam hantaran beliau sebelum itu, Ebit Lew bercerita tentang bagaimana kanak-kanak di sana menjadi anak jalanan dan di sana terlalu ramai anak yatim.

 

 

Leave a Reply