PM Tidak Kuasai Keatas Mahkamah

Hebahkan !!!

Oleh Laila Natasha

SISTEM perundangan Malaysia berteraskan sistem perundangan common law(undang-undang Inggeris) memandangkan negara pernah dijajah oleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia dan diguna pakai seluruh negeri dalam Malaysia.

Prinsip stare decisis juga dikenakan dalam undang-undang Malaysia. Ini bermakna mana-mana keputusan oleh mahkamah yang lebih tinggi dalam hierarki akan mengikat mahkamah lebih rendah.

Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya.

Yang di-Pertuan Agong melantik juga melantik Hakim-hakim
1.    Ketua Hakim Negara Malaysia, atas nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja.
2.    Hakim Besar Malaya, atas nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja.
3.    Hakim Besar Sabah dan Sarawak, atas nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agung juga mempunyai bidang kuasa pengampunan kepada individu yang dijatuhi hukuman (disabitkan dengan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan) di:
a. Mahkamah Syariah: (1) bagi negeri baginda, (2) negeri-negeri yang tidak beraja; dan (3) Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
b. Mahkamah Awam – hanya di Wilayah Persekutuan.
c. Mahkamah Tentera.

Berdasarkan semua hujjah di atas, ternyata Perdana Menteri tiada kuasa keatas mahkamah. Dengan kata lain Perdana Menteri tidak ada kuasa mencampuri tugas dan fungsi mahkamah dan mahkamah atau sistem perundangan di Malaysia harus bebas dari campurtangan politik.

Oleh sebab itu apajua keputusan yang dijatuhkan mahkamah ianya tiada kaitan dengan PM. Jika ada segelintir yang menyalahkan PM seolah PM merestui keputusan mahkamah terhadap kes DS Najib maka ianya tidak benar. Jika ada segelintir mereka yang menganggap PM boleh membantu DS Najib dengan menekan atau mengarah hakim-hakim untuk membuat keputusan tidak bersalah maka ianya telah salah disisi undang2 dan kita seolah mahu kuasa politik melakukan campurtangan kepada sistem yang seharusnya bebas.

Apa yang kita boleh simpulkan ialah Perdana Menteri yang tidak ada kredibiliti seperti Mahathir kerap dan boleh memulakan atau memaksa peguam negara untuk mendakwa musuh2 politik beliau dan dibicarakan mengikut acuan yg mereka mahu. Menukar hakim yang pasti berpihak kepada beliau utk perbicaraan itu.

Tetapi Perdana Menteri yang berwibawa dan ada kredibiliti seperti DSIS tidak ada kuasa dan tidak akan menyalahgunakan kuasa beliau untuk menentukan keputusan mahkamah kerana ianya salah dari segi undang2.

Perdana Menteri yang bijaksana hanya akan memastikan perbicaraan dan proses perundangan itu tidak ada campurtangan sesiapa pun dalam penentuan sesebuah kes yg dibicarakan. Jika ianya pendakwaan politik dan tidak ada bukti jelas maka percayalah bahawa keadilan masih wujud dlm sistem perundangan kita tanpa campurtangan politik dr kuasa eksekutif negara.

Peguam Muda

Leave a Reply