Najib Razak : Menjunjung Prinsip Keadilan Dan Kebebasan Mahkamah

Hebahkan !!!

 

Kita orang Melayu Islam. Kita menjunjung prinsip keadilan dan kebebasan mahkamah

Jangan sesekali menuduh mahkamah tidak adil atau berpihak. Institusi mahkamah mempunyai kedudukan terhormat di dalam struktur bernegara. Sebab itu jika suatu hari nanti dibuktikan hakim hari ini tersilap menjatuh hukum pun, kita masih tak boleh kata hakim salah. Kita cuma akan kata hakim terkhilaf sahaja.

Begitu cara Melayu memilih perkataan apabila membicarakan tentang institusi terhormat.

Sistem keadilan kita belum tamat. DSN masih boleh ke Mahkamah Persekutuan (5-7 hakim). Jika kes liwat DSAI mengambil masa lebih 7 tahun sebelum berada di belakang jeriji besi, begitu juga proses yang akan dilalui DSN nanti – sama ada bersalah ataupun tidak

Sekurang-kurangnya hari ini membuktikan satu perkara. DSN dan UMNO tidak menarik sokongan daripada TS Muhyiddin kerana mahu bebas daripada hukuman. Sebab hari ini terbukti mahkamah tetap tidak diganggu kerajaan.

Keputusan hari ini hanyalah salah satu liku dalam kehidupan yang perlu ditempuhnya. Ia tidak terlalu banyak merubah apa-apa. Andaikata hari ini beliau didapati tidak bersalah sekalipun, pendakwaraya masih akan merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Maka jalannya tetap sama juga

Atau anda bimbangkan tentang semangat jentera parti? Tapi bukankah setahun selepas beliau didapati bersalah di Mahkamah Tinggi, partinya semakin kuat dan menang PRN Melaka dengan 3/4 majoriti?

Ketahuilah semakin banyak orang bergempita menghinanya dengan keputusan mahkamah hari ini, maka akan semakin tinggi gunung simpati.

Jika anda sayangkan DSN, biarkan dia bangun sebagai seorang lelaki. Bukan dengan campurtangan kuasa eksekutif atau salahguna kuasa ke atas mahkamah atau pengguguran kes oleh AG

Andaikata anda percaya DS Najib benar-benar tidak bersalah, maka yakinlah bahawa dia mempunyai Tuhan.

Yang tidak akan sesekali meninggalkannya sendirian

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Leave a Reply