Kira-kira 130 Orang Berkumpul Di Istana Kehakiman Tunjuk Solidariti Kepada Datuk Seri Najib

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA: Sejak pukul 8 pagi tadi, kelihatan kira-kira 100 orang berkumpul di Kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya bagi mengikuti perjalanan prosiding rayuan melibatkan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hari ini adalah prosiding rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi beliau.

Semua yang hadir pada pagi ini di kawasan perkarangan mahkamah untuk menunjukkan solidariti kepada Najib kerana beliau sebelum ini merupakan seorang bekas Perdana Menteri dan sudah banyak melakukan jasa dan kebajikan kepada rakyat ketika mentadbir negara.

Kebanyakan para penyokong Najib dilihat memakai baju melayu putih dan baju kurung putih. Ada yang hadir jauh dari Terengganu dengan menaiki bas.

Semalam, mahkamah menolak permohonan pasukan pembelaan untuk memasukkan bukti baharu dan keterangan baharu untuk dipertimbangkan Mahkamah Rayuan sebelum keputusan mengetepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan berkenaan.

Keterangan baharu yang ingin dimasukkan dalam rayuannya membabitkan dakwaan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya bersekongkol dalam rancangan jahat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke atas dirinya.

Keputusan menolak permohonan itu dibuat oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Varzeer Alam Mydin Meera secara sebulat suara.

Sebentar tadi, di perkarangan Istana Kehakiman, bekas Ahli Majlis Kerta Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dalam satu temubual yakin bahawa Najib tidak akan didapati bersalah dan akan dibebaskan.

Menurut beliau, walaupun bukti berkenaan tidak diterima untuk dimasukkan tetapi ia telah tersebar di media sosial secara meluas.

Mahkamah Tinggi pada 28 Julai tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap pertuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes penggubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Leave a Reply