Tanah Kampung Sungai Baru Bukan Tanah Kampung Baru, Tanah Kampung Baru Tidak Boleh Diambil Sesuka Hati

Hebahkan !!!

Sebarang isu melibatkan rancangan projek pembangunan semula tanah di dalam kawasan Kampung Baru tidak boleh diselesaikan di sebelah pihak sahaja tetapi jalan penyelesaiannya perlu dicari dengan proses perbincangan yang menyeluruh.

Dalam masa beberapa tahun sebelum ini, banyak terjadi rentetan usaha untuk mengambil tanah yang amat bersejarah di tengah ibu negara itu untuk tujuan pembangunan.

Pada Oktober 2019, kerajaan pada masa itu iaitu Pakatan Harapan (PH) ada membuat tawaran kepada penduduk Kampung Baru untuk membeli tanah di kawasan itu untuk pembangunan semula pada harga RM1,000 satu kaki persegi.

Bagaimanapun, proses pengambilan tanah di situ tidak semudah yang dijangka kerana ia melibatkan pemilik tanah yang sudah menjangkau beberapa generasi bermula dari tahun ia mula-mula dibuka iaitu pada tahun 1900.

Pada masa itu, Menteri Wilayah Persekutuan yang sedang berkhidmat Khalid Abdul Samad tampak begitu bersemangat mahu penduduk kampung berkenaan menerima tawaran berkenaan dan beliau dikritik pada masa itu sebagai seorang broker untuk pihak swasta yang mahu membangunkan kawasan berkenaan.

Semalam, isu di Kampung Baru kembali hangat apabila ada kira-kira 20 orang penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Baru diarahkan untuk mengosongkan unit kediaman mereka.

Mereka mahu kerajaan campur tangan kerana pampasan yang diberikan sebanyak RM250,000 atau RM400 satu kaki persegi terlalu rendah.

Sudahnya, ada pihak yang cuba tuduh dan kritik kepimpinan sebelum PH yang menjadi dalang kepada pengambilalihan yang berlaku ini.

Kena faham, isu semalam melibatkan penghuni Kampung Sungai Baru dan bukan Kampung Baru walaupun ia berdekatan. Kampung berkenaan tidak berstatus Pertanian Melayu Kampong Bharu (MAS).

Di bawah MAS, pemilik tanah ada dikenakan syarat atau halangan iaitu boleh menjualnya hanya kepada pembeli Melayu. Bagi Kampung Sungai Baru, tanahnya adalah status persendirian atau pajakan 99 tahun.

Tanah yang ada di dalam kawasan Kampung Baru melibatkan tujuh kampung iatu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Paya, Kampung Kariah A, Kampung Kariah B dan Kampung Pindah.

Tanah di Kampung Sungai Baru sudah lama menarik minat pihak yang mahu membangunkan semula kawasan itu sejak zaman PH jadi kerajaan iaitu ketika Khalid Samad jadi Menteri.

Berkenaan isu Kampung Baru, ia tidak akan dapat diselesaikan dengan cara sebelah pihak sebaliknya perbincangan demi perbincangan mesti diadakan dengan pemilik-pemilik tanah di sana kerana mereka memiliki khazanah warisan negara.

Oleh sebab itu, kerajaan sebelum PH tidak pernah pun bersungguh-sungguh mahu mendapatkan tanah berkenaan kerana tahu nilai tanah yang dimiliki para penduduk di situ.

Isu pengambilalihan tanah semalam pun dikatakan berpandukan pada arahan untuk mengambil tanah itu di bawah Akta Pengambilan Tanah diwartakan pada 21 Jun 2021 dengan menggunakan kuasa penuh darurat.

Ketika itu, Parlimen sedang digantung dan negara di bawah perintah darurat ketika Total Lockdown di bawah Perdana Menteri pada masa itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengambilan tanah itu tidak diumumkan pun oleh kerajaan pada masa itu.

Diharapkan isu ambil alih tanah Kampung Baru boleh diselesaikan dengan kerajaan dengar keperluan dan hak penduduk kampung berkenaan.

Kalau dilihat pada rentetan sejarah, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah hendak secara sembrono ambil alih tanah Kampung Baru, selepas itu PH ada melalui Khalid Samad dan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru oleh kerajaan yang ketika itu dipimpin oleh PM 8.

Leave a Reply