Siapakah “Penyibuk”  Dalam Kerajaan 22 Bulan Yang Mahathir Maksudkan?

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuuddin Ahmad.

Mahathir mendedah, Lim Guan Eng menempelak .

Setelah kerajaan 22 bulan , kerajaan paling buruk dalam sejarah pentadbiran negara tumbang, baru kini masing masing cuba melondehkan satu sama lain.

Dalam buku memori terbaru “Capturing Hope” Tun Mahathir , cuba bercerita berkenaan satu “watak” perosak dalam kerajaan 22 bulan nya.

Nama watak perosak itu tidak disebutkan atas sebab tertentu.

Namun, semua orang tahu siapa watak itu.

Semua perkara hendak dimasuk campur ketika Bossnya menjadi Menteri di MoF.

Malah plot menghancurkan Entiti milik umat Islam Tabung Haji juga dipercayai didalangi olehnya perguna barua dari kalangan umat Islam sendiri.

Kini apabila terdedah kisah dia menggangu ramai Pegawai Tinggi kerajaan oleh Bekas PM 22 bulan, Lim Guan Eng seperti biasa bersikap defensif jika babitkan kaum dan kerabatnya.

Dengan kadar segera dan terasa bersalah telah cuba pertahankan kudis dan talibarutnya.

Sementara itu, Orang yang Mahathir tidak sebut nama , tiba tiba muncul dan panas hati pula.

Tanpa lengah telah cuba pertahankan diri seolah olah terasa bersalah dan seolah olah termakan cili.

Dalam satu laporan media , Tony Pua telah muncul memberi keterangan bahawa dia pasti “penyibuk” yang dimaksudkan oleh Mahathir adalah dirinya.

Sambil muncul pertahankan diri, secara segera cuba melontar keseluruhan isu dengan mengaitkan alasan cuba menyelamatkan wang pembayar cukai.

Mungkin cara selamatkan wang rakyat seperti alasan yang dberi ada lah dengan menjual aset negara sehingga hampir RM200 bilion.

Mugkin juga dengan mengambil aset milik orang Islam masuk kedalam Special Purpose Vehicle MoF diganti dengan sukuk kertas kosong adalah caranya.

Sambil kerajaan sebelumnya tidak perlu menjual aset , malah menambahkan aset, yang pengganti pula yang menjual aset .

Dan, akhirnya hutang negara tidak susut satu sen pun begitu juga dengan hutang 1MDB.

Siasatan RCI masih belum dibuka lagi untuk disoal jawap berkenaan penipuan alasan semua ini.

Ia sekadar menjawap untuk melepaskan tengkok tanpa disoal balas dan pembuktian.

Rumusan tentang isu ini semua adalah, kuasa sekejap yang jatuh ketangan yang salah adalah satu bentuk kebinasaan.

Kesannya , seluruh sistem negara rosak, malah kedalam bilik darjah pun rosak juga apabila sejarah negara cuba ditukar.

 

Walaupun Mahathir dan Lim Guan Eng bertelagah, dan Tony Pua cuba membela diri, namun yang sangat jelas ada lah kerosakan besar telah terjadi ketika badut badut ini, termasuk Mahathir juga yang dapat memegang kuasa walaupun dalam waktu yang sangat singkat.

Leave a Reply