Remaja 16 Tahun Meninggal Dunia Selepas Ternampak “Hantu” Dalam Rumah Hantu

Hebahkan !!!
Jenazah Allahyarham Mohammad Suhairil sedang diuruskan oleh pasukan Sukarelawan Unit Khas Van Jenazah di bilik wakaf Jannatul Firdaus.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri tatkala melihat “hantu” ketika melawat sebuah rumah hantu di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang Rabu lepas.

Remaja itu berada di pusat peranginan itu kerana bercuti bersama keluarganya.

Walau bagaimanapun, percutian itu bertukar tragedi selepas mangsa memasuki sebuah rumah hantu dan kemudiannya tidak sedarkan diri apabila ternampak orang yang bekerja sebagai ‘hantu’.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaihan Mohd. Kahar menyatakan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan jenazah kemudiannya dihantar ke kediamannya di Melaka.

Tambahnya lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami masalah jantung berlubang. Ini menjadi faktor utama kematian remaja itu yang terkejut selepas melihat ‘hantu’ di pusat hiburan tersebut.

Insiden tersebut telah disebarkan dengan paparan video berdurasi 54 saat, melihatkan mangsa terkulai tidak sedarkan diri sebelum kedengaran suara rakannya meminta pertolongan dari kakitangan rumah hantu berkenaan.

Sebelum ini, Pengasas dan Sukarelawan Unit Khas Van Jenazah, Mr Wan Cai juga ada berkongsikan kisah pemergian mangsa, Muhammad Suhairil di laman Facebook miliknya.

Menurutnya, arwah yang merupakan anak kelima dari enam orang adik beradik itu dibawa ke sebuah klinik berhampiran selepas kejadian tersebut, namun disahkan meninggal dunia sebaik saja menerima rawatan lanjut.

Jenazah Allahyarham Muhammad Suhairil kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat.

Leave a Reply