Parti Pejuang Tiada Hasrat Untuk Adakan Kerjasama Dengan Pihak Lain Pada PRU15

Hebahkan !!!

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih belum mempunyai sebarang hasrat membentuk atau menyertai sebarang pakatan dengan parti politik lain untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang pendirian untuk membuat sebarang kerjasama politik selagi tidak mengetahui pendirian parti lain khususnya berhubung usaha untuk menghapuskan rasuah.

“Jika mereka (parti politik) bersetuju dengan objektif kami untuk menghapuskan rasuah, kita boleh bekerjasama dengan mereka. Tetapi pada masa ini kami masih bersendiri dan tidak memiliki niat untuk menubuhkan apa-apa pakatan.

“Tetapi kami juga melakukan perbincangan dengan parti-parti lain,” katanya ketika soal jawab semasa sesi meja bulat bersama media untuk buku terbaharunya bertajuk ‘Capturing Hope’ yang diadakan secara maya hari ini.

‘Capturing Hope’ menceritakan pengalaman Dr Mahathir dalam tempoh tiga tahun yang bermula ketika beliau kembali menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 sehingga peletakan jawatannya pada awal 2020 dan rentetan peristiwa yang berlaku selepas daripada itu.

Dr Mahathir berkata, pihaknya juga sangat berhati-hati sebelum membuat keputusan bekerjasama dengan mana-mana parti politik kerana dikhuatiri bakal menjejaskan populariti Pejuang.

“Pejuang harus mempertimbangkan popularitinya dengan rakyat kerana jika kita memilih rakan yang salah, kita juga akan kehilangan populariti yang dimiliki,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Pejuang juga tidak menolak kemungkinan untuk membentuk kerjasama dengan parti lain selepas PRU15 dilaksanakan.

Leave a Reply