Facebooker/ Influencer “Rf Lias” menjelaskan isu Tanah Kg Baru Cara “Layman” dan Mudah

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad.

Ramai juga yang terkeliru dengan isu terkini berkenaan Tanah Kampung Baru.

Dalam keadaan sama ada pula yang cuba alihkan isu kecurian RM700 juta wang 1MDB oleh kroni Tun Mahathir, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada isu tanah Kampung Baru.

Turut sama ada juga pihak yang sentiasa mahu berzikir nama Datuk Seri Najib Razak dan cuba menyalahkan beliau dan Kerajaan Barisan Nasional.

Dalam banyak banyak penerangan dan pemberitahuan , portal My-news.online sangat tertarik dengan cara penjelasan yang di buat oleh Facebooker dan Influencer bernama Rf Lias dalam Facebooknya.

Amat mudah , simple tanpa jargon jargon putar belit dan begitu mudah seperti di bawah ini :-

“Ramai betul hurung post saya 2019 balun Khalid Samad isu Kampung Baru. Maaflah, lama menuggu. Saya agak sibuk mendobi hari ni.
Apapun, saya tak salahkan anda sebab bodoh, tapi itulah lumrahnya bila menyokong orang yang bodoh macam Khalid Samad.
Pertamanya, isu Flat Sungai Baru dan beberapa rumah teres di Kampung Baru ni tak ada kena mengena dengan seluruh kawasan tanah Kampung Baru yang kau orang bising RM 400 per kaki persegi tu.
Ya, memang Pejabat Tanah menilai petak rumah mereka rendah berbanding valuer swasta yang diupah oleh pemaju.
Makin tinggi rumah, makin murah penilaian petak rumah tersebut. Jadi, ada penduduk yang tidak berpuas hati. Rumah dinilai ikut harga pejabat tanah bukan harga penilai swasta. Bila kondo siap, harga dijual ikut harga swasta.
Kedua, pemilik flat hanya mempunyai hak terhadap unit masing masing sahaja bukan tanah. Kau orang kena bezakan tu dulu sebelum menulis.
Yang Khalid offer RM1000 kaki persegi tu untuk tanah, bukan unit flat. Dua isu berbeza. DS Najib Razak kata RM3000 kaki persegi itu pun bukan offer, tapi nilai tanah berhampiran Kampung Baru seperti di KLCC.
Ketiga, yang konon konon datang dari masa depan tu, selamat datang. Kalau balik ke masa depan, tolong ajar anak anak jangan terikut jadi bodoh. Sokong BN. 🤗
Tak payah teknikal sangat nak terangkan, sebab kau orang benda mudah pun susah nak faham”

 

RF Lias juga turut menambah penjelasan pada ruang komen seperti di bawah :-

Saya faham sangat perasaan mahacai Ph bila dapat point. mengiggil rasa kan nak komen walaupun tak tahu apa2

Saya pun pemilik apartment. memang tahu sangat valuer akan menilai unit tersebut adalah berdasarkan nilai strata bukannya nilai tanah.

Apa gila salahkan BN bayar rm 400 per kaki persegi kalau strata dgn harga tanah pun tak tahu beza hahahahahaha!”

Penerangan Luas boleh di ikuti di sini :-

(20+) Rf Lias | Facebook

Kami melayari posting lama DSNR dan mendapati beliau juga ada memberi penjelasan berkenaan nya.

Sambil itu sila juga baca ini :-

Muhyiddin Arah Pinda Akta Pengambilan Tanah Kg Sg Baru Ketika Darurat Covid19? — MYKMU.NET

Leave a Reply