Akibat Berebut Mainan Hot Wheels Sekumpulan Lelaki Kini Disiasat Polis

Hebahkan !!!
Sekumpulan lelaki berebut kereta mainan Hot Wheels di pusat membeli-belah Pavilion, Bukit Jalil baru-baru ini.

Biasanya diketahui, lapisan yang umur yang dirasakan akan berebut barang permainan hanya kanak-kanak tetapi ada permainan yang bapak budak pun berebut.

Setiap orang pasti ada minat ke atas sesuatu dengan cara tersendiri. Ada yang kumpul barang lama, ada yang kumpul baju dan ada yang kumpul barang permainan.

Kisah tular apabila ada hantaran di media sosial yang memaparkan beberapa orang lelaki dilihat berebut permainan model kereta jenama Hot Wheels.

Kejadian ini dikatakan berlaku di pusat beli belah Pavilion Bukit Jalil yang baru dibuka minggu lepas.

Kejadian itu dikatakan berlaku akibat tawaran potongan harga sebanyak 60 peratus untuk barangan terpilih di kedai mainan tersebut.

Perkara ini bercanggah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, di mana orang ramai tidak boleh bersesak di satu tempat tanpa sebarang penjarakan sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar dalam satu kenyataan media mengesahkan siasatan awal mendapati gambar kejadian itu berlaku pada 3 Disember di Pavilion Bukit Jalil.

“Polis sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut,” katanya.

Tambah beliau lagi, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak yang menyalurkan maklumat kepada PDRM berkenaan isu ini dan menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi sekiranya berlaku pelanggaran SOP melibatkan mana-mana individu di tempat awam.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” menurut beliau.

Leave a Reply