Video Isteri Curang Dengan Bangla

Hebahkan !!!

Oleh Wahida

KECURANGAN yang sering berlaku dalam rumahtangga sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan.

Kebiasaannya lelaki yang sering curang dalam perkahwinan namun begitu perkara tersebut telah berubah. Statistik isteri berlaku curang semakin menjadi-jadi.

Baru-baru ini berlaku satu insiden kecurangan dimana seorang lelaki berjaya menangkap isterinya yang dikatakan curang bersama seorang lelaki warganegara asing.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok bernama iejadrunner, kelihatan orang ramai sedang mengerumuni sebuah kenderaan serta ditambah situasi penuh ketegangan.

Difahamkan, ketegangan berlaku apabila seorang suami telah menangkap isterinya yang ketika itu sedang leka berdua-duaan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Bukit Rambai, Melaka itu menyebabkan si suami tidak dapat menahan perasaan marahnya sehingga bertindak menengking perbuatan terkutuk isterinya.

Lebih menyayat hati, si suami juga sempat memetik situasi hubungan mereka yang kini mempunyai anak, namun si isteri seakan-akan tidak memikirkan tentang perkara itu.

Menyedari perbuatan mereka diketahui umum, si isteri bersama ‘buah hatinya’ hanya berdiam kaku tanpa berkata apa-apa manakala lelaki warga asing itu seakan-akan merayu untuk dilepaskan.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih tidak diketahui dan berharap agar netizen tidak mudah mencetuskan pelbagai persepsi sehinggalah perkara sebenar diungkapkan.

Leave a Reply