UMNO: Najib vs Anwar Ibrahim

Hebahkan !!!

Oleh Megat Terawih

8hb Disember satu lagi tarikh yang bakal jadi sejarah negara. Sejarah bagi seorang pemimpin negara dan kepimpinan parti politik negara.

Dahulu, Anwar dihukum penjara pada 1999 dan bermulalah perpecahan yang besar di dalam keluarga UMNO BN. Bermula norma baharu ketika itu, demontrasi jalanan. Himpunan hampir setiap bulan dan Dataran Merdeka adalah tempat tumpuan kumpulan demonstrasi melaungkan rasa tidak puashati mereka. Kes Anwar ketika itu adalah jenayah liwat terhadap pekerjanya sendiri. Melalui proses perbicaraan yang panjang sehingga mengambil masa 60 kali penangguhan sessi perbicaraan dengan pelbagai sebab yang Anwar kemukakan. Setiap kali hari perbicaraan, penyokong tegar Anwar akan riuh rendah di perkarangan mahkamah malah ada juga disulami dengan demontrasi.

Kini Najib Razak, jauh berbeza kes pendakwaannya malah cara Najib ‘handle’ penyokong tegarnya juga amat berbeza. Berkali-kali Najib Razak membuat pesanan supaya kekal tenang dan berilah beliau peluang menghadapi perbicaraan dengan tenang. Malah paling dikagumi beliau selalu berpesan agar menerima apa sahaja keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. Najib memohon agar jangan ada keterlibatan campurtangan politik di dalam kes beliau dan akan menerima sepenuhnya keputusan sekiranya tiada pihak yang sengaja merosakkan perjalanan kes beliau ini.

Tiada seruan berkumpul, jauh sekali membuat onar apatah lagi di saat negara menghadapi pandemik covid 19 dengan pelbagai varian yang menakutkan kerana mudah berjangkit dan membawa maut.

Najib, Bossku berbeza dengan Anwar. Bagi beliau UMNO perlu terus melangkah dan menjadi wadah perjuangan Melayu dan Bumiputra. Beliau sendiri tidak mahu melihat kumpulan Melayu berpecah lagi dan lagi.

Ramai penganalisis politik melihat betapa Najib mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi jauh berbeza dengan Anwar.

Apa sahaja keputusan pada 8hb Disember ini beliau berharap ahli UMNO dan rakyat yang menyangi beliau supaya turut bersabar serta menerima qada dan qada ini sebagaimana beliau mampu untuk menerimanya.

UMNO tidak mampu lagi berpecah dan insya allah dengan apa yang ditunjukkan Najib Razak, beliau meletak keutamaan parti UMNO mengatasi kepentingan beliau sendiri.

Itulah Najib yang wajar kita hormati.

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Leave a Reply