Tak Puas Hati Ditegur, Dua Pemandu Lori Parah Ditetak

Hebahkan !!!
Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dalam sidang media hari ini.

CYBERJAYA – Gara-gara menegur seorang lelaki yang menendang kereta miliknya sendiri, dua pemandu lori syarikat pembersihan parah ditetak dalam kejadian di tempat letak motosikal Flat Taman Permata, Dengkil pada Ahad.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian awal berlaku kira-kira jam 7.40 pagi apabila kedua-dua mangsa melihat suspek dalam keadaan marah dan menendang sebuah kereta.

“Mereka kemudiannya menegur suspek dan berlaku pertengkaran.

“Selepas kedua-dua mangsa selesai bekerja kira-kira jam 12 tengah hari, mereka didatangi suspek yang membonceng sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Cyberjaya pada Isnin.

Wan Kamarul Azran berkata, suspek kemudiannya turun dari motosikal dan mengeluarkan sebilah parang.

“Suspek bertindak melibas ke arah kedua-dua mangsa mengakibatkan mereka tercedera dan suspek bertindak melarikan diri.

“Mangsa pertama mengalami kecederaan di bahagian tangan sebelah kanan dan patah tulang tangan kanan manakala mangsa kedua mengalami kecederaan di bahagian telinga.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut,” katanya.

Leave a Reply