“Sudah Jadi Bisu Ke?” Puad Zarkashi Perli Mahathir dan Muhyiddin Pasal RM700 juta Zeti.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahnad

Nampaknya kekuatan Mahathir dan Muhyiddin hanya pada satu perkataan “kleptokrasi”. Tetapi bab Zeti dan suaminya, mereka berdua membisu tanpa sepatah perkataan – Puad Zarkashi

Sungguh kuat dua individu ini ia itu Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin berkokok apabila hendak mengenakan Datuk Seri Najib dengan isu rekaan 1MDB.

Hari hari ada sahaja kenyataan dan ucapan berkenaan 1mdb.

Ada sahaja “Press Conference” sana sini.

 

Majlis hari raya lah, Majlis kenduri kahwin lah, majlis apa pun jika di hadhiri kedua makhluk ini, jika di tanya apa pun “1MDB” juga jawapan nya.

Tiada lain , melainkan 1MDB.

Sehingga kes skandal dengan bini orang pun jawapnya “1MDB” juga.

Kini, apabila secara rasmi diketahui bahawa kroni rapat Tun Mahathir dan Tun Daim didapati miliki wang RM700 juta terlepas dari gawang BNM telah masuk kedalam akaun suami penjaga gawang BNM , terus Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin dilanda sindrom bisu.

Tidak terkata dan tiada ucapan keluar dari mereka berkenaan hal ini.

Mungkin masih terkejut agaknya rahsia telah terdedah dan seluruh rakyat sudah tahu “penyamun” sebenar ada bersama mereka.

Mungkin juga atas sebab jika buka mulut maka kata kata mereka akan diguna pakai jika kes berjaya dibuka nanti.

Sedangkan hari ini semua ucapan waktu lampau berkenaan 1MDB juga sudah banyak bercanggah dan mengelirukan.

Sekian lama secara berulangkali dikatakan Muhyiddin mengadap Tun Mahathir untuk menyampaikan kisah 1MDB demi mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir sendiri ada versi “temberang” nya berkenaan 1MDB, kini semua nya runtuh apabila kebenaran dan bukti baru telah muncul.

Benarlah kata peguam bela Datuk Seri Najib Razak Tan Sri Shafie berkata pada awal kes bermula.

Jika kes berlansung tanpa gangguan “tangan Ghaib”, Najib pasti akan menang kata Shafie.

Peguam pembela Tan Sri Shafie turut menyatakan “ konspirasi akan tumbang seperti “house of cards” dengan kebenaran.

Kini, semua menjadi kenyataan.

Penemuan bukti baru yang disembunyikan oleh pihak pembela, bakal meruntuhkan keseluruhan kes, atas sebab kes berlangsung tanpa maklumat penuh dan hakim mengadili tanpa mengetahui ada perkara lain yang “favourable” kepada pembela.

Kini, dengan fakta terbaru bahawa seorang yang sangat rapat dengan Tun Mahathir suami dan isteri telah memiliki sejumlah RM 700 juta dari Jho Low yang di labelkan sebagai penjenayah dan “fugitive”.

Skandal ini lah yang sepatut diadili dan dibicara  terlebih dulu atas sebab ia lebih awal terjadi dan jumlah di curi oleh kroni Tun Mahathir ini lebih besar jumlahnya.

Apa yang boleh di ketahui dari kes ini jika dibuka adalah , sama ada Tun Mahathir dan Muhyiddin tahu atau tidak.

Banyak cara boleh membuktikan , bukan sahaja sama ada sejauh mana Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin tahu, bahkan sama ada mereka juga turut berkonspirasi dalam komplot mengenakan DSNR.

Dalam lontaran terbaru Dr Puad Zarkashi , Puad menyindir dan memperli Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin berkenaan isu terbaru yang terdedah secara rasmi bahawa suami Zeti Tawfiq Ayman mendapat sejumlah RM 700 juta dari Jho Low dan Puad bertanya mana perginya laungan ‘Kleptokrat” dan laungan “rasuah” yang sering di zikir oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin?

Apakah kedua mereka sudah dilanda sindrom bisu atau lebih dasyat, penyakit “hipokrasi’?

Di PRN Melaka, rakyat menolak momokan “kleptoktasi”. Mereka lebih nampak perkataan lain seperti “bohong, dendam dan fitnah”. Masih membisu juga? Memang hipokrit – Puad Zarkashi

Memang benar, sehingga kini Tun Mahathir belum lagi menyeru supaya Zeti di dakwa, berkemungkinan menyedari diri nya akan terpalit sama jika di siasat dan berkemungkinan dia ada terbabit dalam mengetuai komplot, hatta sebab itu kes sangat liat untuk dibuka buka.

Kami pasti, Tun Mahathir dan Muhyiddin tidak akan respon , atas sebab tabiat berdiam apabila bersalah.

Leave a Reply