PRN Sarawak : Pastikan Helikopter Di Sarawak Dalam Keadaan Baik, Elak Tragedi 2016 Berulang

Hebahkan !!!
Serpihan helikopter yang mengorbankan nyawa Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas yang berlaku di Sarawak pada PRN Sarawak pada 2016.

Aktiviti penerbangan menggunakan helikopter di Sarawak mungkin boleh membuat persiapan memastikan helikopter yang ada berada dalam keadaan baik sebelum ia banyak digunakan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung pada 18 Disember nanti.

Hari ini merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan yang akan mempertadingkan 82 kerusi. Proses penamaan calon bermula pada pukul 9 pagi tadi.

Keadaan muka bumi di negeri Bumi Kenyalang itu yang bergunung-ganang serta hutan tebal menyebabkan helikopter kerap digunakan untuk membuat penghantaran bekalan barang-barang dan makanan.

Ketika pilihan raya, pesawat jenis itu digunakan untuk mengangku dan menghantar barangan berkaitan pilihan raya, seperti peti undi dan mengangkut para ahli politik yang sedang berkempen.

Persiapan awal perlu bagi mengelakkan tragedi nahas helikopter daripada berlaku memandangkan di negeri berkenaan ada berlaku beberapa nahas yang melibatkan kematian.

Bekas Timbala Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon meninggal dunia dalam nahas berkenaan di Sebuyau, Sarawak.

Helikopter berkenaan terhempas semasa penerbangan dari bandar Betong ke Kuching, kurang dua hari sebelum PRN Sarawak pada 2016 berlangsung.

Pada musim pilihan raya, kegunaan helikopter di negeri berkenaan amat diperlukan dan keadaan cuaca di negeri berkenaan juga tidak menentu.

Dalam PRN kali ini, sejumlah 1,252,014 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada hari mengundi nanti.

PRN terpaksa ditangguhkan pada pertengahan tahun ini disebabkan pandemik Covid-19, demi menjaga keselamatan rakyat.

Darurat di seluruh negara diisytiharkan dari Jan hingga Ogos, dan seterusnya di Sarawak dilanjutkan selama enam bulan lagi, sebelum ia ditarik kembali pada 3 Nov atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ia kemudian memberi laluan kepada PRN Sarawak.

Bagi mengelak penularan jangkitan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan aktiviti kempen dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) masing-masing saja, manakala kempen di luar kawasan yang ditandingi tidak dibenarkan.

Ceramah serta syarahan umum bagaimanapun dibenarkan di 64 kawasan DUN yang memiliki liputan internet lemah. Jumlah yang hadir pula tidak dibenarkan melebihi 50 peratus daripada kapasiti tempat terbabit, atau 150 orang pada satu-satu masa.

Leave a Reply