Kafe Green Lab Tawar Tarikan Berehat Tanpa Sebarang Gangguan

Hebahkan !!!

Walaupun Korea Selatan terkenal dengan drama dan artis K-Pop yang telah berjaya dikenali di seluruh dunia, namun negara ini tetap ada sisi negatifnya juga di mana sesetengah rakyatnya sangat stres akibat bekerja.

Oleh itu, terdapat sebuah kafe di mana pengunjungnya boleh termenung dan tak buat apa-apa tanpa sebarang gangguan walaupun bunyi telefon.

Menurut berita laporan The Washington Post, kafe dengan konsep seumpama itu telah dibina berdekatan sebuah taman di Seoul dan apa yang membezakan kafe ini dengan kafe yang lain adalah kafe termenung ini hanya menerima 10 pengunjung pada satu-satu masa.

Ini adalah untuk memastikan pengunjungnya dapat fokus dan berehat tanpa sebarang gangguan. Di sini juga, semua pengunjung perlu meletakkan telefon pintar mereka dalam mod senyap.

Mereka juga tidak dibenarkan untuk bercakap agar sebarang gangguan dapat diminimalkan.

Kafe yang diberi nama Green Lab itu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Korea terutamanya dengan pandemik COVID-19 ini.

Pengunjung boleh memesan teh dan sambil menikmati minuman kegemaran, mereka juga boleh membaca buku, menulis jurnal ataupun hanya merenung dan melihat pemandangan tenang di luar kafe yang dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok.

Leave a Reply