Ismail Sabri: Sistem Perundangan Negara Bebas Dari Campurtangan Politik

Hebahkan !!!

Marah, geram, kecewa dan dendam. Itulah gambaran terhadap kes pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sebaik sahaja kerajaan BN kalah di pilihanraya umum ke 14.

Langkah pertama Mahathir adalah tangkap dan dakwa Najib di atas isu salah guna kuasa dan rasuah. Bukannya ke arah tunaikan manifesto ‘Selamatkan Malaysia’. Lebih ke arah ‘dendam peribadi’.

Ketika itu sistem perundangan negara nampak longgar seperti dakwa dahulu dan barulah siapkan dokumen berkaitan kes oleh peguam negara Tommy Thomas.

Rakyat susah dengan isu kenaikan kes sara hidup tetapi Mahathir dilihat lebih fokus terhadap Najib, isterinya dan beberapa kepimpinan UMNO BN. Pelbagai agensi digunakan untuk menekan dan ‘menakutkan’ mereka tersebut. Hasilnya ada yang dilihat lari meninggalkan UMNO BN dan ‘menyembah’ kaki Mahathir.

Selepas Mahathir letak jawatan tanpa sebab yang tidak masuk akal, Muhyiddin pula naik menjadi PM dan kes Najib mula mendapat perhatian kembali. Mahkamah ketika itu masih dibelengu dengan imej yang masih ‘tidak bersih’ akibat kelemahan pihak peguam negara dan isu perubahan perlantikan hakim yang mengendali kes, rakyat masih sangsi.

‘Bukti-bukti’ baharu yang muncul seolah tidak mendapat perhatian muhyiddin yang ketika itu dilihat sibuk menguruskan kedudukan beliau, perkukuh jawatan PM yang semakin longgar dan akhirnya Muhyiddin tumbang.

Kini Ismail Sabri naik menggantikan Muhyiddin dengan sokongan blok pemerintah dan pembangkang yang bersama ingin melihat negara dan rakyat lebih diutamakan dari isu politik yang banyak merosakkan keharmonian rakyat.

Ismail Sabri, dalam masa tidak sampai 100 hari memimpin kerajaan telah menunjukkan bahawa sistem perundangan negara perlu di kembalikan imej bersihnya selama ini. Ismail dilihat tidak mencampuri urusan kehakiman kerana sistem perundangan negara perlu dilihat adil seadilnya.

Bagi Ismail, kerajaan di bawah pimpinannya wajib dilihat adanya kredibiliti dan tidak mencampuri urusan mahkamah supaya keadilan mampu ditegakkan tanpa mengira aliran politik dan siapa mereka.

Akhirnya rakyat boleh bernafas lega, mahkamah menerima bukti baharu untuk di bentangkan di mahkamah pada hari esok setelah sekian lama permohonan tersebut diajukan (di zaman Mahathir dan Muhyiddin).

Keadilan wajib ditegakkan dan bukan dinafikan. Ahkirnya barulah keputusan mahkamah tehadap kes Najib Razak diserahkan kepada kebijaksanaan hakim-hakim yang terlibat.

Negara berdaulat dengan adanya sistem perundangan yang diyakini rakyat.

Leave a Reply