Skandal RM 700 Juta Keluarga Zeti Bakal Jadi beban kepada semua Perdana Menteri jika tidak bertindak.

Hebahkan !!!

 

Oleh  : Sirajuddin Ahmad

Dalam sebuah artikel yang di tulis oleh  seorang wartawan politik tersohor dan ternama Joceline Tan , beliau berkata bahawa sangat misteri apabila kes begitu menonjol masih belum dibuka buka lagi.

“Sangat misteri” kata beliau.

The noise over her family’s alleged involvement in the 1MDB scandal has grown louder after the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) confirmed that RM65mil of 1MDB-linked money had been recovered from a Singapore company owned by the “husband of a former Bank Negara governor”.

 

Mungkin Joceline cuba berlakon bersikap “naif” dengan kenyataan ini , atas sebab mahu sekadar menyindir sahaja.

Kami di My-news.online amat mengetahui sejauh mana pengetahuan mendalam dan pengetahuan berkenaan politik di belakang tirai oleh Joceline.

Sudah pasti Joceline sudah tahu siapa dibelakang skandal ini semua.

Skandal RM700 juta wang 1MDB yang berada didalam akaun suami Zeti di Singapura nampaknya seperti pepatah Inggeris “Elephant in the room”.

Se ekor gajah berada di ruang tamu tetapi semua yang tinggal dalam rumah terbabit dengan kuasa pura pura tidak nampak.

Natijah nya, skandal ini jika tidak diambil tindakan atau di seret ke muka keadilan akan menjadi beban kepada “current” Perdana Menteri dan juga Perdana Menteri yang akan datang.

Hilang “locus standi” untuk bercakap tentang moral atau intergriti.

Bukan itu sahaja, kenyataan kenyataan dari SPRM, BNM dan MoF tidak lagi akan di hormati oleh rakyat dan juga negara lain.

Bagaimana kes RM42 juta jadi isu besar tapi kes RM 700 juta tidak menjadi kes?

Bahkan dari RM 700 juta jumlah yang di pulangkan hanya RM 64 juta sahaja.

Mana pergi baki nya?

Jika van jenazah dan kain Jakel boleh di rampas dan jadi isu , kenapa pula yang terima dana 1MDB cara kotor RM 700 juta tidak menjadi isu?

Tiada proffesor atau pakar undang undang boleh bercakap mulai hari ini, jika mereka mahu menegur pihak lawan tapi berdiam diri pada skandal ini.

Tun Mahathir sememangnya sudah hilang wibawa dan kredibiliti bercakap tentang moral, hanya sebab sifat tebal muka dan selamba serta tidak menghormati rakyat sahaja yang membuatkan beliau bersikap buat bodoh.

Tun Mahathir tidak berani seru supaya Zeti di dakwa , atas sebab sebab yang ramai sudah ketahui.

Namun pada keseluruhan kes Zeti , apa yang bakal menjadi isu besar adalah, ia bakal jadi beban dan liabiiti kepada semua Perdana Menteri untuk menjawap kepada rakyat jika tiada tindakan segera di ambil.

Malah dakwaan dakwaan lain terhadap pihak lain yang bukan kes 1MDB juga akan jadi bahan gelak ketawa jika Zeti dan kuncu tidak di dakwa segera.

Ini lah beban yang bakal di pikul oleh semua Perdana Menteri selepas ini.

Bank Negara Malaysia akan menjadi seperti 1MDB, runtuh, tidak dipercayai oleh mana mana pihak jika bekas Gabenor dan Gabenor hari ini tidak di persoal akan kes ini.

“Brand Name” BNM tidak akan di pandang serius oleh mana mana pihak atas sebab mereka sendiri gagal bertindak terhadap tangungjawap mereka.

Baca juga ini :-Gabenor Bank Negara Di Saran Letak Jawatan Atau Bercuti Dulu. — My NEWS ONLINE (my-news.online)

 

Kepada sesiapa yang berminat hendak menjadi Perdana Menteri siap lah dengan jawapan dari rakyat apabila menyebut tentang korupsi , kleptokrat, integriti atau ketelusan.

Ini atas sebab gagal bertindak terhadap kes “tips of the iceberg”.

Walaupun atas air kelihatan bongkah kecil, namun dibawah sangat besar dan melibatkan ramai lagi mereka yang berkonspirasi.

Leave a Reply