PETALING JAYA: Pakar ekonomi tidak begitu teruja mengenai pencapaian 100 hari Tengku Zafrul Abdul Aziz menerajui Kementerian Kewangan dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dengan menuduh menteri itu hanya meneruskan dasar yang telah dilaksanakannya sebelum ini.

Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia berkata, beberapa keutamaan bajet kementerian itu tersasar, manakala Bajet 2022 tidak begitu berani.

“Kerajaan tidak begitu inovatif dalam meningkatkan hasil cukai. Percubaan untuk meningkatkan pendapatan melalui cukai kemakmuran adalah langkah berisiko. Jika ia tidak menjauhkan pelaburan, maka ia adalah risiko yang baik,” katanya.

Menurut Nambiar, tiada apa yang perlu dipuji mengenai prestasi Tengku Zafrul, terutamanya berkaitan Akta Tanggungjawab Fiskal dan penyata pra-bajet.

a man wearing a suit and tie smiling at the camera: Shankaran Nambiar© Provided by Free Malaysia Today Shankaran Nambiar“Beliau bukanlah pelopor dalam memperkenalkannya kerana ia adalah sebahagian daripada proses tanggungjawab fiskal dan ketelusan yang ditekankan oleh agensi pelbagai hala pada hari ini,” katanya kepada FMT.

Pada Ogos, Ismail berkata, ahli Jemaah Menteri mempunyai 100 hari untuk membuktikan kemampuan mereka, dan prestasi mereka akan disemak pada penghujung tempoh ini, iaitu pada 5 Dis.

Tengku Zafrul, bagaimanapun, telah menjadi Menteri Kewangan sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin mengambil alih pada Mac tahun lepas, selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Profesor ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ahamed Kameel Mydin Meera berpandangan, Kementerian Kewangan memerlukan banyak pembaharuan institusi dan dasar tetapi ia seperti tidak cenderung ke arah itu.

a man wearing a suit and glasses: Ahamed Kameel Mydin Meera.© Provided by Free Malaysia Today Ahamed Kameel Mydin Meera.“Sebagai contoh, apabila kerajaan sendiri terbabit dalam perniagaan, seperti melalui GLC (syarikat berkaitan kerajaan), ia boleh mewujudkan konflik kepentingan dan rakyat berpotensi menjadi ‘mangsa’,” katanya kepada FMT.

Kementerian tidak mempunyai hala tuju yang tepat dan berpandangan bahawa penetapan semula ekonomi adalah perlu untuk mengelakkan Malaysia ketinggalan jauh berbanding negara jiran.

“Lihat sahaja bagaimana kos sara hidup sedang meningkat, terutamanya harga barangan makanan. Ini boleh merugikan rakyat, khususnya golongan B40, apabila kita baru mula pulih daripada kesan Covid-19,” katanya.

a man wearing a suit and tie: Lee Heng Guie.© Provided by Free Malaysia Today Lee Heng Guie.Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi Lee Heng Guie, bagaimanapun, berkata, tanggungjawab mengemudi ekonomi dan perniagaan mengatasi impak wabak Covid-19 adalah mandat besar.

“Sukar untuk mengekalkan keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan mata pencarian semasa pertempuran dua tahun melawan wabak, dengan kekangan Bajet,” katanya.

Lee berkata, penyata pra-bajet kementerian akan membantu mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap pengurusan fiskal negara.

Beliau turut memuji pendekatan dwipartisan kementerian dengan pembangkang dalam mendapatkan maklum balas bagi Bajet.

Katanya, ini membantu memastikan Bajet dirancang secara inklusif.

“Selain itu, Kementerian Kewangan mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai empat kertas rundingan, iaitu membabitkan perolehan kerajaan, program bantuan tunai, semakan semula insentif cukai dan penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal.

“Ini akan menyediakan jalan untuk cadangan membina bagi meningkatkan empat elemen kritikal dasar fiskal ini,” katanya.