Kereta api laju Laos-China bakal tingkatkan perdagangan

Hebahkan !!!

VIENTIANE – Laos dan China telah melancarkan perkhidmatan kereta api laju yang menelan belanja berbilion dolar melalui daerah bergunung-ganang antara kedua-dua negara yang dijangka bakal meningkatkan lagi perdagangan.

Perkhidmatan melibatkan laluan sepanjang 642 batu (1.033 kilometer) yang dilancar semalam akan membawa penumpang dari ibu negara Laos, Vientiane dan Kunming di tenggara China, lapor UPI/VNA.

Beijing dilaporkan menanggung kebanyakan kos sistem transit baharu berjumlah AS$5.9 bilion yang mana pembinaannya mula dilakukan enam tahun lalu.

China mahu membina laluan itu sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menghubungkannya dengan bahagian yang masih belum membangun di tanah besar dengan pelabuhan di luar negara.

Laluan baharu itu meliputi pembinaan 167 jambatan dan 75 terowong dan kelajuan kereta api mencecah 99 batu sejam (159 kilometer sejam), memendekkan masa perjalanan daripada 15 jam kepada empat jam.

Perdana Menteri Laos, Phankham Viphavanh merupakan penumpang pertama perkhidmatan kereta api itu.

Pelancaran perkhidmatan kereta api itu merupakan kunci utama kepada projek inisiatif Belt and Road China dan ia dijangka meningkatkan gelombang baharu perdagangan dan pelancongan ke salah sebuah negara Asia Tenggara tersebut.– BebasNews

Leave a Reply