Video Jualan Keluarga Malaysia Bantu Ringankan Beban Rakyat

Hebahkan !!!

Oleh Megat Terawih

Dalam keadaan harga barang keperluan meningkat terlalu tinggi ini, kerajaan komited mencari penyelesaian kenaikan harga barang ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dari kalangan berpendapatan rendah, kerajaan melaksanakan program Jualan Keluarga Malaysia sehingga harga barang mencatatkan penurunan menjelang Februari tahun hadapan.

“Pihak kerajaan sedar tentang kenaikan harga barang ketika ini tetapi kerajaan tidak akan membenarkan rakyat terbeban dengan begitu sahaja.

“Program ini akan diperluaskan di seluruh kawasan Parlimen dan mengikut perancangan awal, program seperti ini akan diadakan dua kali sebulan serta disasarkan berlangsung sehingga Februari tahun hadapan,” katanya ketika sidang akhbar majlis pelancaran jualan Keluarga Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.

Ismail Sabri berkata, program itu akan ditamatkan sekiranya harga barangan menurun dan akan diteruskan sekiranya harga masih tinggi.

“Bermula 4 Disember, jualan seperti ini akan diperluaskan serentak di seluruh negara. Untuk peringkat permulaan, kriteria utama adalah kawasan B40 dan M40. Itu sasaran awal kerana mereka yang terkesan teruk akibat kenaikan harga barang terutama selepas Covid-19.

“Antara barangan yang dijual seperti beras, gandum, gula bahan kering dan barang basah. Pada juala ini juga, pelanggan ditawarkan harga barangan dengan diskaun 20 hingga 50 peratus,” ujarnya.

Leave a Reply