Bila Suami Terlalu Baik, Isteri Ambil Peluang Curang

Hebahkan !!!

Oleh Nurul Aisyah

CURANG itu tidak dihalalkan walau apa pun alasannya. Memang pendosa ini akan cuba menyalahkan pihak lain atas kejahatan yang mereka lakukan namun perbuatan tersebut tidak akan melenyapkan dosa-dosa mereka.

Seorang suri rumah Puan M yang mempunyai tiga orang cahaya mata menyalahkan suaminya yang tidak memberi nasihat untuk halwa telinga semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri. Puan M telah melayari rumahtangga selama 13 tahun.

Suami beliau seorang yang sangat baik. Beliau tidak pernah menyusahkan isteri. Semua kerja rumah suami yang uruskan. Puan M hanya perlu menjaga anak ketika suami pergi bekerja sahaja. Apabila suami pulang dari kerja, beliau akan menguruskan segala keperluan anak-anak.

Namun puan M yang terpedaya dengan nasihat kawan wechat menyalahkan suami yang tidak memberi nasihat berkaitan agama sebagai lesen untuk curang dengan lelaki lain yang telah berkeluarga.

Lelaki yang alim-alim kucing ini akhirnya berzina dengan puan M. Namun Puan M menanggap dosa tersebut sebagai salah suami beliau yang tidak pandai memberi nasihat, menegur dan mengawal tingkah lakunya.

Kononnya puan M teringin sangat mempunyai suami yang soleh. Mungkin puan M lupa bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Dan perempuan yang jahat uantuk lelaki yang jahat.

Sebelum menyalahkan pihak lain, Puan M perlu menilai diri beliau sendiri terlebih dahulu.

Leave a Reply