” Biar Seribu Pesalah Terlepas Sebab Kesilapan, Jangan Sorang Pun Yang Tidak Bersalah Di Hukum” RS Thanenthiran

Hebahkan !!!
Oleh Sirajuddin Ahmad
“BIAR SERIBU PESALAH TERLEPAS, JANGAN SEORANG PUN YANG      TIDAK BERSALAH DIHUKUM”  Rs Thanenthiran.
Begitulah pemula kata pada kenyataan penuh Presiden Parti Makkal Sakhti Malaysia apabila menegur perjalanan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak.
‘Apa yang saya nyatakan di atas bukanlah sesuatu dinyatakan sebagai retorik semata mata. Ia adalah pepatah klasik bahasa Tamil  yang menyatakan betapa pentingnya seseorang yang tidak  bersalah tidak boleh dihukum sewenang wenangnya”
Datuk Thanentiran menyatakan sedemikian sejajar dengan perjalanan kes dimana keputusan hakim akan di dengar pada 8 hb Disember ini dan dalam keadaan penemuan bukti baru yang dipersembahkan kepada mahkamah serta di laporkan kepada Polis oleh Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh peguam DSNR semalam , Tan Sri Shafie Abdullah memberi maklum kepada seluruh media dunia berkenaan kedudukan kes yang dihadapi anak guam nya betapa maklmuat baru serta bukti baru yang selama ini di sembunyikan oleh pihak pendakwa dari pengetahuan mahkamah.
Maka, selanjutnya , pihak pembela mahu bahan bukti baru itu dijadikan bahan keadilan dalam nmembuat keputusan sama ada bersalah atau tidak.
Jika keputusan dibuat tanpa dikira dengan bukti baru, maka “Miscarriage of justice” dan “concealment of evidence” telah berlaku dan hakim telah membuat keputusan tanpa perolehi maklumat yang sepatut dan sepenuhnya.
Maka mungkin ini juga yang dimaksudkan oleh Presiden Makkal Sakthi apabila berkata
“Itulah yang dimaksudkan sebagai biar seribu pesalah terlepas, jangan seorang pun yang tidak bersalah dihukum:”

Bagai yang sama di sebut oleh Saidina Umar apabila berkata beliau tidak takut melepaskan orang yang beersalah kerana kesilapan, tapi amat takut tersilap salah menghukum orang yang tidak bersalah.

 

Kenyataan penuh Presiden Makkal Sakhti boleh dibaca di sini :

Leave a Reply