Warkah terakhir seorang ibu tular, sebelum meninggal dunia titip pesanan memilukan

Hebahkan !!!

KASIHNYA ibu membawa ke syurga. Selagi hayat dikandung badan, seorang ibu tidak akan berhenti mendahulukan anak dan keluarga.

Baru-baru ini tular di media sosial sepucuk surat yang ditulis seorang ibu yang mana isi kandungannya benar-benar menyentuh hati warga maya.

Menerusi surat berkenaan yang tular di pelbagai platform laman sosial itu, ibu berkenaan meminta kepada doktor agar jenazahnya dikafankan di hospital kerana dirinya sebatang kara, tidak mempunyai keluarg

Malah ibu berkenaan memaklumkan dia mempunyai anak kelainan upaya (OKU) bisu dan meminta doktor tidak menutup wajahnya semasa dikafankan dan ditunjukkan kepada anaknya yang bernama Imran.

Menerusi catatan pilu itu, ibu berkenaan turut menyenaraikan beberapa nombor telefon untuk dihubungi pihak hospital untuk urusan berkaitan kematiannya.

Perkongsian itu menimbulkan kesedihan di kalangan warganet. Rata-rata mendoakan kesejahteraan ibu berkenaan dan anaknya.

– “Takziah, harap anaknya reda dan sabar. Semoga disatukan lagi di syurga insya-ALLAH.”

– “ Allahuakbar, besarnya dugaan. Mudah mudahan Allah pelihara anak syurga yg ditinggalkan

– “Ya ALLAH sebaknya baca. Moga Imran dalam keadaan yang baik sahaja dan ibunya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman”

– ” Al-Fatihah. Sebaknya baca pesanan ringkas seorang ibu.”

– “Kasih ibu sehingga ke hujung hayatnya.”

 

Leave a Reply