Mencurigakan Tun M Tidak Desak Zeti Di Dakwa. Ada Terbabit sama kah?

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Semalam Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dr Puad Zarkashi persoal lagi berkenaan pembabitan kroni Tun Mahathir didalam kecurian wang sebanyak RM700 juta dari  1MDB ketika masih lagi bernama TIA.

Persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Puad adalah berkenaan siapa dalang dalam Bank Negara Malaysia yang menghalng maklumat berkenaan laporan Polis Singapura dihalang dari diberi kepada pengetahuan Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

ni sebagai satu kesalahan besar dari segi undang undang Negara apabila badan perstij menjaga kawalan wang dan ekonomi negara BNM tidak melaksanakan tugasnya.

Gabenor ketika itu ada lah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Kesalahan awal adalah menyembunyikan satu jenayah  AMLA, kesalahan kedua  pula adalah menyalahguna kan kuasa untuk melindung jenayah suami sendiri Tawfiq Ayman.

Siapa individu di Bank Negara yang halang agensi seperti SPRM dan PDRM dapat kongsi maklumat yang diterima BNM dari Singapura pada tahun 2015. Ia berkaitan akaun suami Zeti. 

-Dr Puad Zarkashi-

Dalam semua hal  ini, satu perkara telah menjadi begitu menonjol.

Hal ini semua menjurus kepada satu perkara , ia berkenaan tindak tanduk Tun Mahathir yang jelas sekali menjadi seperti orang yang hilang prinsip dan pedoman;

Sebagai seorang yang sangat laser mulutnya, dan kononnya berani berkata apa sahaja, kini bertukar seperti seorang hipokrit.

Tun Mahathir yang konon kononnya ‘anti kleptokrat” dan benci ‘penyamun” 1MDB tiba tiba bertukar seolah olah tidak lagi berminat dengan kecurian 1MDB apabila bukti bukti terbaru muncul dan terlihat ramai dari orang rapat dengan nya terbabit dalam skandal 1MDB.

Selain Zeti , Nama Tan Sri Nor Yakob juga terpalit sama dalam skandal mengambil wang 1MDB.

Nor Yakob juga terpalit dengan skandal kerugian Forex RM30 bilion era Mahathir.

Jika pada skandal Forex Nor Yakob sanggup menjadi “fall guy” untuk selamatkan Tun Mahathir, kini namanya muncul dalam kes 1MDB pula.

Ini semua menyebabkan keyakinan ramai rakyat bahawa kes mengenakan Datuk Seri Najib telah di rancang oleh pihak tertentu,

Sehingga hari ini dan waktu artikel ini di tulis, pelbagai pihak menggesa kerajaan membuka kes Tan Sri Zeti di mahkamah.

Dari badan badan NGO, sehingga lah pemimpin parti politik, semua mahu Zeti dan suami didakwa segera.

Namun , paling misteri dan musykil adalah sikap Tun Mahathir sendiri.

Tun Mahathir lansung tidak berkata apa apa pun semenjak diketahui kroni nya ramai terpalit dalam skandal 1MDB ini.

Ini menimbulkan kecurigaan bahawa Tun Mahathir tahu berkenaan sesuatu atau pun takut kepada sesuatu.

Tun Mahathir tidak sekali pun menunjuk kan beliau tidak terbabit dengan menyeru agar Zeti di dakwa dengan segera.

Malah Tun Mahathir sangat malu untuk menggelar Zeti dan Nor Yakob sebagai “Penyamun” seperti mana beliau menuduh DSNR jauh sebelum kes 1MDB dibuka lagi.

Malah barang barang di rampas dari rumah DSNR juga dibuat dengan kadar segera , namun  dengan hal Zeti, sikap hopikrasi beliau sangat menonjol.

Apa pun Tun Mahathir berhak berdiam diri , ia hanya kesalahan moral sahaja, tapi syak wasangka rakyat sudah tidak boleh di bendung lagi , mereka sudah mula syaki , siapa sebenar dalang mengenakan DSNR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply