8 Disember Bukan “Doomsday” Najib, Tapi “Doomsday” Ismail Sabri, Zeti Dan Mahathir juga.

Hebahkan !!!

 

Oleh  : Sirajuddin Ahmad

Hari penentu sama ada Datuk Seri Najib bersalah atau tidak dalam kes rayuannya akan di tentukan bersempena 100 hari Datuk Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

Pada hari penentu itu, nama nama selain dari nama Najib , nama nama yang akan dilaung laungkan adalah nama Perdana Menteri  Ismail Sabri, Mahathir dan Zeti.

Mereka juga  akan jadi tumpuan.

Bergantung kepada keputusan para hakim , ia boleh “go either way”.

Apa pun yang paling ketara , adalah kes keluarga Zeti yang masih belum dibuka buka lagi.

Dengan pembuktian baru, bahawa banyak maklumat serta bukti di sembunyikn dari “defense team” seperti dalam laporan Polis DSNR .maka kes boleh menjadi persoalan menghukum tanpa perbicaraan lengkap dengan bukti yang disembunyikan.

Maklumat yang kami di My-news.online perolehi mendapati banyak pihak merasakan tidak berpuas hati kerana bekas Gabenor Bank Negara masih belum di dakwa dakwa lagi.

Siasatan masih belum ada pengakhiran.

Mana mungkin perbuatan mencuri dan kemasukan wang kedalam akaun suami bekas Gabenor di Singapura terlebih banyak dan lebih awal masih belum dibuka buka lagi, tapi wang dimasukan oleh pihak ketiga lebih kemudian sudah boleh mendakwa Bekas Perdana Menteri pula.

Dimana lojik akal?

Kini, riuh dan kecoh seluruh negara apabila mendapat tahu bahawa bekas Gabenor dan suami nya masih tidak di seret ke muka pengadilan lagi.

Harta langsung tidak dirampas akaun belum di sita berbanding yang terkena kepada DSNR.

“Rule of law” planet mana yang diguna pakai di Malaysia, memenjarakan seorang dan tidak mendakwa seorang lagi atas kesalahan lebih berat.

Apa pun pandangan rakyat terutama nya ahli UMNO dijangka akan menyerang Ismail Sabri dengan kelantangan luar biasa jika Laki Zeti dan Zeti sendiri masih tidak didakwa ketika keputusan terhadap kes Najib dibuat.

Laungan “all out” dari dalam UMNO terutamanya mereka yang anggap Ismail PM dari UMNO yang tidak berguna kepada UMNO kerana tidak mendakwa Zeti.

Malah jika Ismail Sabri menjadi Calon Presiden , perkara ini akan diungkit dan isu dan alasan sebab sebab Ismail tidak layak jadi Presiden UMNO kerana penakut kepada Tun Mahathir dan Mahiaddin Yassin atas sebab tidak membuka kes Zeti yang dapat melondehkan ramai konspirator dan pemimpin PH dan PN.

Pilihan di tangan Ismail Sabri sendiri.

Serangan dari luar pasti datang untuk menjatuhkan Ismail kerana mereka pembangkang dan musuh, hanya pertahanan dari UMNO sahaja benteng terakhir politik Ismail Sabri.

Jika dari dalam UMNO juga  sudah mula menyerang Ismail , atas kegagalan basik dan asas  kerajaan nya gagal mendakwa kesalahan pada skandal keluarga Zeti, maka riwayat politik Ismail Sabri dalam UMNO mungkin tidak panjang.

Ini kerana pihak luar dan dalam sudah tidak berpihak kepada Ismail Sabri.

Di jangkakan Tun Mahathir dan pihak musuh mahu pergunakan kes DSNR sebagai alat PRU15.

Masakan Ismail Sabri tidak tahu akan hal ini.

Maka Kes Keluarga Zeti boleh di jadikan alat kepada UMNO untuk  counter kepada Tun Mahathir dan pihak lain, bahawa punggung nya juga gelumang taik dan harus henti berkokok.

Apapun kita tunggu sahaja tarikh keramat 8 Disember, kita saksikan siapa “lupus” lebih awal dari peta politik Malaysia , yang kena hukum atau yang gagal menghukum Zeti dan keluarga.

Leave a Reply