Tommy Thomas Akui Zeti Patut Di Dakwa, Tunggu Apa Lagi?

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Pendedahan terbaru dari bekas Peguam Negara Tommy Thomas, meyakinkan bahawa ada cubaan “coverup” terhadap skandal bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Cubaan ini terjadi ketika Pakatan Harapan memerintah dibawah Perdana Menteri Tun Mahathir.

Dalam satu bual bicara , dengan sebuah Media eletronik, Tommy Thomas akui mengetahui akan kertas skandal Zeti Aziz berkenaan wang curi dari 1MDB yang masuk kedalam akaun peribadi keluarganya.

Namun, Tommy menyatakan dia tahu tapi belum sempat membuat apa apa tindakan terhadap Zeti Akhtar.

Apapun, jawapan Tommy disergah oleh Datuk Puad Zarkashi dalam facebook nya.

Bagaimana boleh ada masa mencipta berpuluh puluh kes terhadap Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak tetapi tiada masa untuk membaca kertas siasatan terhadap Zeti Aziz ? tanya Puad.

baca sini :-Dr Puad Tibai Tommy Thomas- “Tak Sempat Dakwa Zeti, Tapi sempat cipta puluh puluh Kes Zahid dan Najib” — My NEWS ONLINE (my-news.online)

Pada skandal wang 1MDB masuk kedalam akaun Zeti, terlalu jelas, ia boleh dibuka kes serta merta atas sebab ia hasil siasatan pihak negara jiran dan hanya perlu disiasat untuk kesahihan sahaja, sepertimana dikatakan oleh Dr Puad kes sangat “Straight forward”.

Dr Charles Santiago  dari DAP juga persoal kegagalan Tommy Thomas mendakwa Zeti Akhtar. Dan menganggapnya satu kesalahan dan kecuaian.

Walaupun Tommy memberi alasan, Charles tetap mengkritiknya atas sebab kes dan skandal Zeti sudah pun menjadi pengetahuan umum (public knowledge).

Kebelakangan ini , suara suara mendesak Zeti Aziz diseret ke mahkamah semakin lantang atas sebab  rakyat mula mengetahui kes dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak ada lah atas kehendak indivdu tertentu yang berkepentingan politik peribadi.

Kes yang diolah dimana pihak yang sepatut menjadi pesalah ditukar untuk mengenakan DSNR dan sebalik DSNR yang sepatut menjadi saksi ditukar menjadi “orang kena tuduh” pula.

Atas sebab itu , banyak bukti dan dokumen terpaksa disembunyikan dari pengetahuan pihak pembela DSNR.

Antara yang disembunyikan ada lah maklumat bahawa Zeti Aziz dan keluarga juga turut menerima wang  dari Jho Low seperti hasil risikan Polis dan CAD negara Singapura yang diserah kepada Bank Negara Malaysia , tapi dipendam.

 

Selain itu , transkrip bualan antara Jho Low dan Joana Yu juga turut disembunyikan selain bualan Hafiz dan Joana Yu.

Banyak juga bukti lain yang memihak kepada pembela disembunyikan , antaranya statement akaun bank keluarga Zeti yang di tuntut oleh pembela agar di dedah dan dipamirkan kepada mahkamah.

Ini tersangat pelik , atas sebab akaun peribadi bekas Perdana Menteri DSNR boleh didedahkan kepada dunia, namun akaun bekas Gabenor tidak boleh pula.

Di percayai akaun keluarga Zeti dari tahun 2008 sehingga tahun 2016 miliki transkasi yang membabitkan wang dsalur kepada salah seorang yang sangat lantang tentang perihal mengenakan DSNR.

Maka atas sebab itu dipercaya “orang itu” akan mengunakan segala kudrat dan kuasanya untuk menutup kes Zeti yang akan memalukan diri dan penyokongnya buat selama lama nya jika terdedah.

Maka , kini persoalan besar yang bakal memalukan negara adalah undang undang apa yang negara Malaysia amalkan , jika kes terhadap mantan Perdana Menteri begitu laju diujudkan , barang dan harta dirampas, akaun di beku, namun kes dan skandal terhadap bekas Gabenor yang diketahui kroni kepada Tun Mahathir, masih belum dibuka buka lagi sekian lama.

Sungguh memalukan.

Leave a Reply