PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 61 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 15 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,370.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 14 kes, diikuti Terengganu (11), Johor dan Perak (masing-masing enam), Kelantan dan Kuala Lumpur (masing-masing lima), Negeri Sembilan (empat), Kedah dan Pahang (masing-masing tiga) serta Sabah dan Sarawak (masing-masing dua).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 65,497 kes aktif dilaporkan, termasuk 507 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,984 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,627,903.