Zeti Tidak Kebal , Pelindung takut terdedah yang kebal

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Rakyat tentu sudah boleh berfikir, kenapa suami dan Zeti Akhtar Aziz sendiri masih belum didakwa dakwa lagi.

Semua tahu siapa yang sangat takut Zeti didakwa.

Pelbagai pihak sudah desak, dari individu berpengaruh ,NGO , sehingga pelbagai parti Politik namun kes masih belum dibuka buka juga.

Siasatan berkenaan wang 1MDB masuk kedalam akaun keluarga Zeti juga sudah lama disiasat.

Mendakwa Zeti umpama mendakwa seluruh rangkaian kartel dibelakang Zeti selama ini.

Atas sebab Zeti dan Taufeq Aymen masih belum didakwa lagi setelah bertahun tahun membuat siasatan , maka kesimpulan telah pun dibuat oleh rakyat berkenaan siapa yang melindungi Zeti dan keluarga dan kenapa “yang melindung” takut kes dibuka.

Kes akaun keluarga Zeti di Singapura jika didedah boleh terlihat kemana wang disalur, sejumlah RM700 juta seperti yang dilaporkan oleh Datuk Seri Najib melalui siasatan Polis Singapura.

Baru baru ini juga dilaporkan banyak wang negara telah dialih keluar dan hinggap di pesisir.

Dua kes boleh dibuka, pertama kes Kes bekas Gabenor yang meluluskan wang keluar termasuk yang mengalir kedalam akaun peribadi keluarganya.

Kedua, Bank Negara Malaysia juga boleh didakwa cuai atau bersubahat membantu wang alih keluar.

Lovemoney dan MSN juga ada melaporkan seorang bekas Perdana Menteri Malaysia miliki kekayaan diluar negara sejumlah RM46 bilion dan dia membisukan diri dan enggan memberi kenyataan mungkin atas sebab tahu implikasi jika dia respon.

Berbalik kepada topik kenapa Zeti masih kebal dan masih belum didakwa, jawapan nya mudah, Zeti Akhtar Aziz tidak sekebal mana, bila bila sahaja dia boleh di kutip dan didakwa.

Persoalan besar adalah, siapa kah yang sangat berpengaruh sehingga mampu membuat semua pihak tidak berani mendakwa itu sahaja.

Yang kebal bukan Zeti, tapi pihak yang melindunginya.

Pihak itu yang sangat takut jika kes dibuka , dan demi hendak melepaskan diri “orang kena tuduh” pasti akan terpaksa menceritakan semuanya atau “spill the bean”.

Dengan mendedahkan segala nya dalam mahkamah, maka rakyat akan dapat tahu , siapa sebenarnya pengarah kepada semua alihan wang dari Malaysia keluar negara.

Rakyat tentu akan dapat tahu kenapa pihak tertentu amat sayang kepada Bekas Gabenor sehingga bertukar kerajaan pun dia diberi habuan menjaga RM400 bilion wang rakyat di Permodalan Nasional Berhad dan di lantik sebagai ahli “Council of Elders” ketika Pakatan Harapan memerintah.

Maka, konklusinya, pihak Zeti dan keluarga tidak kebal , tetapi yang melindunginya yang takut terseret sama yang sangat kebal dan berpengaruh, kerana jika Zeti dan keluarga didakwa, perbicaraan dapat mengaitkan dia, lalu dia juga akan didakwa.

Leave a Reply