Dr Puad Tibai Tommy Thomas- “Tak Sempat Dakwa Zeti, Tapi sempat cipta puluh puluh Kes Zahid dan Najib”

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Negara sekali lagi kecoh dengan kes wang 1MDB yang masuk kedalam akaun kroni kesayangan Tun Mahathir, Zeti Akhtar Aziz apabila orang kena tuduh yakni Datuk Seri Najib Razak membuat laporan Polis berkenaan maklumat dan bukti yang di sorok dan di sembunyikan dari  pengetahuan “legal team” pembela nya.

Amat pelik, orang kena tuduh seperti DSNR pula yang berani mahu dan tuntut bukti dan sebaliknya pihak pendakwa pula cuba menyembunyikan bukti dari orang kena dakwa dan pihak pembela.

Dalam kritikan nya , Dr Puad Zarkashi berkata , amat jangkal apabila TT menyatakan tidak sempat membaca kertas siasatan malah tidak sempat mendakwa Zeti Akhtar Aziz ketika TT menjawat jawatan Peguam Negara.

Ohhh tak sempat? Tetapi kenapa kamu begitu pantas sekali buat berpuloh puloh pertuduhan terhadap Najib dan Zahid? – Dr Puad

Semua tahu temberang kerajaan Pakatan Harapan kepimpinan Tun Mahathir seperti kes pendakwaan terpiliih yang tidak menyentuh Mas Ermieyati dan Datuk Mustapha Mohamad namun terkena pada Datuk Ahmad Mqaslan dan Datuk Sharir Samad walaupun dari sumber dana yang sama.

Begitu jelek nya sistem keadilan dan “Rule of Law” Mahathir.

Selanjutnya Dr Puad menempelak apa yang sebahagian rakyat Malaysia sedia maklum yakni dakwaan “selektif” atau pun “selective persecution” yang di amalkan rejim Mahathir yang tidak bertunjangkan keluhuran keadilan selain kepentingan politik.

Maka terjadilah “Conspiracy of Silence” berkenaan isu wang 1MDB masuk kedalam akaun kroni Tun Mahathir.

Ia menimbulkan dua kesangsian. Pertama, ada niat untuk membuat dakwaan selektif. Dan kedua ada motif “conspiracy of silent” iaitu sorok fakta dari pengetahuan umum- Dr Puad

Sehingga kini masih menacari jalan untuk menutup atau “coverup” kes yang dilanda keluarga Zeti.

Rakyat seharusnya sedar keadilan dan sistem negara sudah musnah sebaik sahaja Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Agensi agensi kerajaan di-perhambakan demi kepentingan Tun Mahathir, baik Lembaga Hasil Dalam Negeri sehingga lah lain lain agensi.

Maka amat bertepatan sekali dengan kritikan serta “troll” yang dibuat oleh Dr Puad Zarkashi terhadap Tommy Thomas dan rejim Pakatan Harapan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply