Ismail Sabri Bakal Di cop“PM Gagal” Jika Tidak Bertindak Terhadap Skandal Keluarga Zeti.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Dengan Press Conference yang baru di buat oleh Datuk Seri Najib sebentar tadi berkenaan skandal wang 1MDB masuk kedalam akaun keluarga Zeti, jelas sekali Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sudah tidak lagi boleh berdiam diri,

Imej negara dan reputasi kewangan negara serta institusi seperti Bank Negara Malaysia sedang dalam perhatian dunia berkenaan hal ini.

Jika seorang bekas Perdana Menteri boleh didakwa, apa sebab dan alasan pula bekas Gabenor masih belum didakwa lagi.

Pelbagai pihak sudah menyuarakan berkenaan skandal ini, namun Polis dan pihak berkuasa masih belum menyeret keluarga bekas Gabenor yang memiliki wang 1MDB/TIA di dalam akaun nya di Singapura.

Tidak kiralah sama ada cengkaman bekas Perdana Menteri lain masih kuat menghalang kes dibuka, namun yang bertanggungjawp adalah Datuk Ismail Sabri sendiri.

Yang akan diseret sebab gagal “uphold justice” adalah Ismail Sabri.

Ini bukan hal ehwal politik dalaman UMNO atau hal pergeseran pemimpin UMNO vs pro Bunga tetapi ini hal urusan negara.

Jika Ismail Sabri tidak bertindak maka andaian beliau telah akur kepada tekanan pihak tertentu pasti akan dimainkan ketika perhimpunan Agung UMNO nanti.

Sebentar tadi Datuk Seri Najib telah membuat laporan Polis berkenaan banyak bukti berpihak kepadanya telah disembunyikan.

Dalam Press  conference yang dibuat oleh DSNR turut memberitahu wartawan asing berkenaan wang sejumlah RM700 juta milik 1MDB yang mengalir keluar melalui Bank Negara masuk ke dalam akaun keluarga Zeti di Singapura.

Selain itu terdapat banyak maklumat telah disembunyikan.

Maka kini , pasti sekali Ismail Sabri tidak boleh berdiam diri lagi melainkan memberhentikan perbicaraan terhadap DSNR terlebih dahulu dan membuka segera kes keluarga Zeti atas sebab maklumat pada kes perbicaraan suami Zeti boleh mendedahkan maklumat baru tentang konspirasi besar terhadap DSNR.

Sebagai Perdana Menteri Ismail tidak perlu campurtangan pada kandungan kes atau perbicaraan , cukup sekadar arah segera mulakan kes Zeti demi kebenaran.

Mata mata ahli akar umbi UMNO sedang memerhatikan tindak tanduk Ismail dan cuba menghidu beliau berat kesebelah sana atau masih kuat bersama akar umbi.

Buka kes Zeti boleh membantu UMNO pada PRU15 dan menutup mulut pembangkang dan musuh UMNO.

Pilihan ada pada tangan Ismail Sendiri.

Leave a Reply