Rule Of Law Versi Mahathir

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad.

Apa merit yang Mahathir ada untuk bual berkenaan “Rule of Law”.

Jika 20 tahun dulu Mahathir cerita berkenaan ROL mungkin ramai juga terpedaya dan terpuja puja.

Tapi ini tahun 2021.

Kata kata dan tulisan Mahathir sudah “non applicable” dan “not acceptable” lagi jika ia datang dari Mahathir.

Kejadian depan mata rakyat menyaksikan banyak ‘abuse of  law” dan bukan “ROL”

Zaman surat layang dimana kejadian liwat 1.0 membabitkan Anwar dan Azizan , menyaksikan , ROL Mahathir berjaya penjarakan Anwar hanya menggunakan “Tilam” di usung bawa ke mahkamah untuk di siarkan oleh media untuk memberi impak “benar sangat lah kejadian itu”.

Namun era tahun 20han , video, cctv dan saksi “semburit” tidak mampu menyeret pelaku ke mahkamah , walaupun Perdana Menteri masih orang sama pada kes liwat 1.0.

Bukan di bebaskan di mahkamah, bahkan mendakwa pun tidak.

Jadi , jika perkataan “law” keluar  dari  mulut Mahathir anggap lah ia “nonsencical”  dan merepet sahaja.

Entri terbaru di blog  Tun Mahathir “Chedet” berjudul “The Rule of law” -24.11.2021 sekadar mahu memberi tekanan kepada penggulungan  kes Datuk Seri Najib Razak yang akan di putuskan pada  awal bulan Disember ini.

 

Ia sekadar “pressure game” sahaja.

Ini semua yang  ahli “Mahathir Watch” sudah fasih dan faham tindak tanduk Mahathir yang masih belum bertukar cara semenjak zaman kereta Proton pertama keluar  lagi.

Mahathir sering beri tekanan kepada sesuatu perkara yang dimahukan.

Jika dia mahu Semburit dibebaskan dan tidak didakwa, maka dia akan kata “if action taken , conspirator will win” .

Ini bertujuan memberi “hint” agar tidak mendakwa, dan akhirnya semua tahu tiada dakwaan.

Jika Mahathir mahu Jho low tidak di tangkap, beliau akan kata “akan akibatkan negara berperang dengan negara pelindung Jho Low, lalu pihak berkuasa pun ambil “que’ Jho Lo sudah bertukar menjadi “beruang”.

Hanya pentaksub Mahathir sahaja masih dikelabukan oleh awan pemujaan terhadap nya.

Kini, Mahathir ulang perbuatan sama memberi “que” tentang kes DSNR dengan entrinya “The Rule of Law” , maka faham faham sahaja lah apa yang dia kehendaki.

Ia memberi arahan tanpa memberi arahan.

Pada kes DSNR, Tun Mahathir dan kuncu medianya memberi gambaran DSNR sudah bersalah berulangkali

Tun Mahathir melaksanakan “trial by media’ untuk kondisikan minda rakyat yang Najib sudah bersalah dan hanya menunggu hukum sahaja.

Maka mereka yang tebabit dalam proses akan terpaksa mengikut “wave” popular yang sudah di sediakan. (popular view Najib memang bersalah)

Namun bila di ajak berbual kandungan perbicaraan , mereka semua gagal menyebut dimana buktinya selaian ‘andaian” .

Selain itu hanya kenyataan saksi yang dibesar besarkan, dan siapa persoal berlebihan akan kena “Contempt of court”.

Malah orang kena tuduh berada didalam “handicap” atas sebab banyak permintaannya di halang d mahkamah.

Penyokong “Najib bersalah” juga tidak dapat menjawap banyak soalan dan 202 hujah pembela yang tidak dikupas.

Kini , apabila Tun Mahathir berkarya tentang “Rule of Law” anggap sahaja ia entri penuh hipokrasi dan ‘very unbecoming of Mahathir” .

Mahathir tidak berani sentuh isu terhangat diwaktu ini berkenaan pembabitan Tan Sri Zeti Akhtar yang suaminya miliki wang curi dari penjenayah Jho Low yang disahkan oleh pihak berkuasa Singapura.

Mahathir tiada laungan “penyamun” , “pencuri” atau pun “kleptokrat” terhadap Zeti.

Mahathir juga tidak berani tegur kenapa tiada lori datang kerumah Zeti untuk mengutip barangan rumah seperti yang diakukan oleh pihak Polis kepada DSNR ketika kes belum bermula pun.

Malah, Rule of Kerala Mahathir juga tidak berani sindir SPRM atau Polis untuk segera mendakwa Zeti atau dirinya sendiri.

Itu lah Mahathir, jika yang mengambil wang dari pihak lain itu bukan kroninya atau pun proksi, maka ia di gelar “rasuah” jika yang mengambilnya adalah proksi atau kroni, dia menggelarkannya sebagai “offset”.

Malah rajin pula menambah law Keralanya dengan menyatakan jika di ambil untuk ‘specific purposes, ia bukan rasuah tapi Offset” seperti untuk team pasukan “racing”.

Namun apabila Ku Nan buat cara sama dengan “specific purpose” untuk dua PRK, dan siap menyebut dan di akui oleh saksi, ia ada lah rasuah.

Maka, akhirkata , apa apa yang datang dari Mahathir perlu di nilai dari beberapa sudut.

Mahathir sentiasa ada Kepentingan lain yang tersembunyi.

Beliau tidak boleh di baca secara “on surface’

Apa yang ditulis hanya laku untuk mereka yang tidak tahu, untuk yang sudah tahu, ia hanya kata kata di angin lalu sahaja, dengar boleh , percaya jangan.

Leave a Reply