Ahli Parlimen pembangkang kecewa baju-T Keluarga Malaysia buatan Bangladesh

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Cha Kee Chin (PH-Rasah) kecewa apabila kerajaan membeli baju-T untuk mempromosikan konsep Keluarga Malaysia buatan Bangladesh.

Beliau tidak menentang mana-mana negara termasuk Bangladesh tetapi produk itu sepatutnya dihasilkan penduduk tempatan untuk meningkatkan ekonomi mereka pada masa sukar ini.

“Baju-T Keluarga Malaysia diberikan (kepada kami) dua hari lalu. Kualitinya bagus. Tetapi ia mengecewakan kerana ia dibuat di Bangladesh.

“Baju-T itu di depan ada gambar Perdana Menteri (Malaysia),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Cha menjelaskan, beliau bukan anti Bangladesh atau mana-mana negara tetapi kerajaan perlu mempromosikan produk buatan Malaysia untuk merangsang ekonomi tempatan.

Beliau turut menggesa kerajaan membeli produk buatan Malaysia untuk kementeriannya kerana kempen beli barangan Malaysia dimulakan pada era Barisan Nasional (BN) dan diteruskan pada era Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN).

Leave a Reply