Najib Smash Lim Kit Siang Tepat Kat Batang Hidung

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Hal saksi utama kes rasuah Terowong anak sendiri yang mati terjun bangunan, Lim Kit Sang tidak ulas, tapi sibuk hal dalam kain Datuk Seri Najib Razak.

Ini kali kedua saksi rasuah DAP mati terjun bangunan.

Kemudian berkenaan kes Kleptokrat Zeti , Lim Kit Siang tidak ulas dan komen , tapi sibuk zikir dan ratib nama Najib. Najib , Najib.

Maka apalagi, DSNR pun smash batang hidung Lim Kit Siang “kaw kaw”.

Sebagai ahli politik veteren yang berbohong akan letak jawatan jika Mahathir tidak serah kuasa kepada kudanya Anwar Ibrahim, sepatutnya Lim Kit Siang sudah lama mohon maaf dan undur, tapi sebaliknya makin kuat berkokok.

Dengan Tahap umur dan senior dalam politik sepatutnya LKS lebih peka dengan kedudukan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, namun sebaliknya sibuk dengan hal “petty” dan remeh.

Ini yang dikatakan “penny wise pound foolish”

Isu yang menjadi “trending” dan “talk of the town” yang sangat viral kepada netizen di Medsos adalah isu wang 1MDB/TIA telah masuk dengan jumlah yang banyak dan lebih lama dan awal lagi kedalam akaun kroni Tun Mahathir di Singapura namun kes masih dalam siasatan , sedang siasat , tengah siasat dan terus siasat tanpa penghujung.

Jika DSNR terpalit dan didapati salah, maka rakyat akan bertanya , kenapa kroni Tun Mahathir belum berada didalam kandang OKT lagi?

baca sini {-Malaysia Tidak Akan Di Hormati Oleh Pelabur dan Negara Lain Jika Tidak Mendakwa Gabenor Dan Bekas Gabenor. — My NEWS ONLINE (my-news.online)

Juga baca ini :-Puad Zarkashi Tanya, “Kenapa Tak Bekukan Akaun Zeti Atau Sita Harta”? — My NEWS ONLINE (my-news.online)

Selain itu kami juga dapati warga bukan melayu terutama nya kaum Cina sudah mula membalun Lim Kit Siang dilamannya sendiri.

Prioriti orang Cina adalah perniagaan dan majoriti kalangan mereka bukan kerja dengan kerajaan kerana majoriti mereka berniaga, namun, suasana perniagaan mereka terjejas teruk akibat Covid dan darurat , tapi prioriti LKS dan DAP adalah politik 24 jam dan tertumpu kepada percutian Najib, tanah anugerah Najib dan  perkara remeh temeh , lalu bersesuaian lah jika mereka beri peluru tabur kepada LKS sehingga gagap dan lumpuh untuk menjawap.

Saksikan di bawah ini :-

Akhir sekali, PRN Melaka juga boleh di jadikan “yardstick” kepada pemikiran rakyat, banyak sangat cerita skandal tapi tidak buat kerja dan semua projek dan keuntungan hanya dapat kepada Tun M dan kroni seperti HSR, Bandar Malaysia , 5G dan lain lain , rakyat tidak dapat apa apa , maka akhirnya mereka pilih yang boleh “deliver” dan ada rekod kerja ia itu UMNO.

Mungkin juga ini indikator untuk PRU15, rakyat sudah menilai, akhirnya “safest choice” adalah Barisan nasional juga, apa pun diburuk kan , rumah murah tetap di bina rakyat tetap di bantu baik nelayan, RELA, petani , kakitangan awam dan orang susah.

Yang pandai bercerita pasal keburukan orang lain tapi tidak pandai bekerja bila di pilih akan di tolak masuk kedalam longkang oleh rakyat seperti  yang terjadi di Melaka.

 

 

Leave a Reply