Marsyal konvoi berlagak polis, 2 ditangkap, 3 serah diri, 5 motosikal termasuk Harley Davidson, Yamaha Tracer 900 GT dirampas

Hebahkan !!!

GELAGAT marsyal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan orang awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong Port Dickson menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Baca juga: Tular Video ‘Marsyal’ Kawal Lalu Lintas Cetus Amarah, Dijejaki Polis

Menerusi paparan video 10 saat, marsyal berkenaan dilihat mengarahkan trafik untuk berjalan walaupun lampu sedang merah demi memberi ruang kepada konvoinya melepasi lampu isyarat tersebut.

Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tindakan marsyal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat.

© Provided by Sinar Plus

Baca juga: 4 Etika Konvoi Yang Perlu Tahu, Hadapi Detik Cemas

Susulan itu, polis memburu individu yang bertindak sebagai marsyal berkenaan pada Ahad yang membawa kepada penangkapan dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang manakala empat individu lagi diburu.

Motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan mereka ketika menahan kenderaan awam dirampas.

 

Dalam perkembangan terkini tiga lagi lelaki warga tempatan telah menyerah diri di Balai Trafik IPD Port Dickson sekitar jam 2.40 petang, Selasa.

Tiga lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori berusia antara 27 hingga 48 tahun kini ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Turut dirampas adalah motorsikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki GTR 1400CC, Harley Davidson dan Yamaha Tracer 900 GT, sehelai vest hijau serta beberapa item yang digunakan oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan semasa rakaman tersebut dibuat.

© Provided by Sinar Plus

Untuk pengetahuan korang, menjadi marsyhal dalam konvoi kenderaan tanpa penglibatan anggota polis trafik di jalan raya menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan tindakan.

Tiada undang-undang yang membenarkan marsyal bertugas untuk mengawal lalu lintas di jalan raya tanpa kehadiran anggota polis trafik manakala pengguna jalan raya tidak perlu mengikut arahan marsyal sekiranya tiada penglibatan anggota polis trafik.

Leave a Reply